Thursday, November 7, 2013

pbs -pada catatan saya




Cabaran-Cabaran Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
Cara-Cara Mengtasainya
·         Tumpukan esei anda kepada aspek-aspek berikut sahaja:
o   Pelaksanaan Dokumen standard prestasi
o   Pelaksanaan Eviden
o   Pelaksanaan konsep ‘Band’ dalam bilik darjah

Pendahuluan
Gambarajah dibawah :Gambaran 1 kedudukan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan berlaku nanti pada 2016.
             Gambarajah 1

Pada tahun 2011 kerajaan telah memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai sekolah rendah murid Tahun Satu (2011) dan Tingkatan 1 pada tahun 2012 Pengenalan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang di aspirasikan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
           Pengenalan sistem ini bertujuan menjadikan  sistem pendidikan kita lebih banyak terarah kepada sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan dilihat sebenarnya terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan juga pelajar berkenaan. Tekanan ke atas guru- guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhirnya dan bukannya kepada proses pembelajaran.
                                                                                   
        Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:
             ·         mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu
  ·         memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
  ·         membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu
         Dengan  diperkenalkan PBS ia memfokuskan  pentaksiran dalam  bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik terdiri daripada :
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Pusat (PP)
Sementara kategori bukan akademik terdiri daripada :
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Soalnya  beberapa masalah telah di kenalpasti berdasarkan sistem PBS terutamanya di  sekolah rendah . Antara ialah :
  • Masalah capaian internet sangat lemah (pedalaman)
  • Penyediaan evidens/instrumen Pentaksiran.
  • Terlalu banyak masa dihabiskan untuk PBS sehingga proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) dan tugas lain terabai.
  • Masalah Pengurusan Fail – eviden terlalu banyak dan  penyimpanan fail.
Namun dirasakan beberapa pendekatan bersepadu antara kementerian pelajaran,guru-guru dan juga  pentadbiran dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.Maka perkara ini akan berjalan dengan memakan masa yang agak panjang. Kita tidak  mahu PBS seperti Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) berkubur begitu sahaja. Isunya kita perlu pertahankan agar menjadi satu sistem yang amat baik pada masa kini.Namun begitu beberapa cabaran perlu kita hadapi dalam menangani PBS ini anatara  cabaran umum dan penyelesaiannya  seperti gambarah 2 di bawah:
                                                           
Gambarajah 2: Cabaran Umum Kejayaan PBSdan penyelesaian
        Selain itu cabaran yang akan dibincangkan di sini ialah :
  • Pelaksanaan Dokumen standard prestasi
  • Pelaksanaan Eviden
  • Pelaksanaan konsep ‘Band’ dalam bilik darjah
Pelaksanaan Dokumen standard prestasi
            Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik pentaksiran sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Ini dapat dirujuk dari gamabarajah 3 di bawah:
Gambarajah 3: Hubung Kait Standard Prestasi dengan PBS.
            Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap -tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial.Maka Rujukan Standard merupakan hasil dari realisasinya Standard Prestasi

KEPERLUAN STANDARD PRESTASI:
      Satu penyataan menerangkan tahap penguasaan murid dalam satu mata pelajaran
      Murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) dalam DSP.
      Sebagai rujukan menentukan aktiviti pentaksiran yang adil dan berfokus.
      Sebagai sumber rujukan semua pihak tentang matlamat sistem pendidikan terkini.

Murid tahu dengan jelas:
      Apa yang perlu dikuasai
      Apa yang dicapai
      Apa yang ditaksir
      Apa kualiti yang diharapkan

Guru tahu :
      Matlamat yang akan dicapai
      Apa yang ditaksir
      Apa kualiti yang harus ada pada setiap murid

Ibu bapa tahu:
      Apa yang telah murid kuasai

Pihak berkepentingan tahu:
      Matlamat kurikulum
      Kualiti murid

            Cabaran ialah bertambahnya penyediaan guru dalam membina rancangan pengajaran.   .Sebab itulah rekod persediaan mengajar guru bukan lagi dinamakan ringkasan mengajar.
Justeru seandainya katakan guru itu mengajar banyak matapelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah,maka rancangan persediaan mengajarnya memakan banyak helaian kertas.Disamping itu juga penyediaan ini perlu  meliputi setiap kumpulan murid cemerlang,sederhana dan lemah.Dengan persediaan ini rekod  pengajaran yang panjang ini seolah-olah mencabar seseorang guru dari segi penggunaan masa untuk memasukkan perkara-perkara berikut dalam strategi pengajaran dan pembelajaran:
1.Tema 2. Tajuk 3.Fokus utama –standard kandungan ,standard pembelajaran 4.Fokus Sampingan-standard kandungan,standard pembelajaran 5.Objektif 6.Pengisian Kurikulum 7.Sistem Bahasa 8.Media dan akhir sekali refleksi.
        Dengan Aktiviti yang perlu disediakan langkah –demi langkah dirasakan memberi cabaran kepada guru untuk melaksanakanya. Namun begitu seandainya guru mempunyai profesionalisme yang tinggi, insyaAllah semua ini akan dapat di atasi dengan sebaik mungkin.Antaranya penyediaan bahan  menggunakan panduan dari internet .Disamping menggunakan teknologi maklumat yang sedia ada seperti komputer, guru dapat membuat persediaan dengan cepat .Guru juga perlu ada kumpulan perbincangan agar sesuatu bahan dapat dikongsi bersama ,maka ini dapat  memendekkan dari segi masa.Bahan-bahan yang disediakan hendaklah disimpan agar dapat digunakan berulang-ulang dengan membuat penambahbaikan seperti kata pepatah alah bisa  tegal biasa.Tetapi janganlah menjadikan penyediaan rancangan harian seperti “cut and paste” untuk hari-hari berikutnya. Maka pemantauan dari pentadbir dan intergriti seseorang adalah menjadi peranan yang penting.
Kesimpulannya cabaran dalam standard prestasi adalah seperti berikut:
      Penerangan generik tahap pertumbuhan pembelajaran murid
      Tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat pada suatu ketika tertentu semasa proses pembelajaran dan di akhir unit pembelajaran
      Setiap band menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pertumbuhan ini diterangkan dengan deskriptor dan evidens
      Standard yang boleh ditaksir dan dicapai
      Pertumbuhan secara menegak dan mengufuk

Pelaksanaan Evidens
             Apakah Avidens .Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.Evidens bahan merujuk kepada apa -apa bukti produk atau proses seperti foto,grafik, artifak, laporan dan lain -lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Eviden itu boleh di bina 1. 2 , 3 atau lebih bagi satu-satu  band itu.
Contoh eviden 1 : Murid di minta menunjukkan huruf jawi yang di sebut oleh guru .              ( bentuk lisan )Contoh eviden 2 : Murid boleh warna huruf yang di sebut oleh guru. ( lembaran kerja)

Di manakah evidens disimpan?
Evidens bahan hendaklah disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM)
dan Fail Showcase (FS). 
Gambarajah 4:Evidens
    

Sebagai guru memanglah   cabaran menyediakan evidens   tersebut  mempunyai masalah dan kekangan . .Ini adalah kerana setiap evidens akan digunakan bagi menguji pencapaian penguasaan murid dalam sesuatu band.Jika hendak menguji beberapa kemahiran ,maka banyak eviden terpaksa disediakan,terutamnya dalam pendidikan seni visual. Justeru itu adakalanya evidens yang digunakan tidak mencapai piawaian berdasarkan kesebokan masa guru dan juga penyediaan yang agak terhad.Keberangkalian guru sebagai pentaksir gagal membuat eviden dan membuat anggaran sahaja untuk memberi  band.Disamping ada juga
10
guru tidak menyediakan eviden yang setepatnya samada dengan menciplak dari buku-buku di pasaran atau sebagainya..Tanpa membuat justifikasi ini, akan membuat murid tidak dapat mencapai band yang sebenarnya.Ini menimbulkan ketidak selarian dengan penguasaan murid apabila bertukar pentaksir. Penggunaan kertas lembaran yang banyak mungkin diperlukan  untuk membuat pengujian kepada murid.
        Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah,pihak pentadbir perlu memantau pelaksanaan evidens dengan merujuk fail murid. Disamping itu juga pemantau mesti merujuk kepada  rekod persediaan mengajar guru samada evidens yang disediakan itu menepati apa yang terkandung dalam rekodnya.
       Guru juga perlu berbincang dengan rakan sejawatnya dalam mendapatkan evidens-evidens.Panatia-panatia matapelajaran perlu berbincang dalam menyediakan  evidens dan disimpan dalam kaedah tertentu, agar ia menjadi rujukan utama dalam penggunaan seterusnya.
       Dengan kemudahan teknologi maklumat, guru-guru boleh mengambil eviden yang bersuaian dengan band yang hendak diuji dari blog atau facebook untuk dibuat penambahbaikan.Maka ini semua atas kebijaksaan guru, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

       Pelaksanaan konsep ‘Band’ dalam bilik darjah(gambarajah 4)
Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) telah menggubal standard prestasi “6 band”
Gambarajah 4,Sumber :Institut Aminudin Baki,Jitra.
11
 Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
     Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.(rujuk gambarajah 4).
Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti  peratus(%) atau pun gred A,B,C,D



Gambarajah 5: Gambaran tentang band secara praktikal











12
Ganbarajah 5 Gambaran Band 1 hingga 6

Huraian : contoh di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 .
     Dalam membincang soal band ,band  asas iaitu Band 1 hingga Band 3, kebanyakan murid dapat mencapaikan dengan mudah. Band 4 hingga Band 6 merupakan tahap pencapaian yang lebih tinggi dan kemungkinan ada murid yang tidak dapat menguasainya.  Band 4 (Tahu, Faham, dan boleh buat dengan beradab), Band 5 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji), Band 6 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali). Apabila Band semakin meningkat, kriterianya semakin bertambah sukar untuk dicapai. Sebagai seorang murid, cuba kita  bayangkan kedudukan diri kita  sendiri. Kita  mungkin boleh Tahu, boleh Faham dan boleh Buat. Tetapi cuba bayangkan kekuatan maksud Beradab,  Beradab Terpuji dan Beradab Mithali. Adakah kita  mampu mencapainya? Istilah inilah yang membezakan pencapaian antara Band 4 hingga Band 6.
      Sebagai cabaran  terdapat dalam kalangan ibu bapa yang masih kurang jelas lagi dengan perkara ini. Ibu bapa masih mempertikaikan keputusan yang diberikan oleh guru-guru,  sehingga timbul soalan ” Mengapa anak saya tak dapat band 6″? “Mengapa anak saya dapat band 3 saja”? “Mengapa anak saya subjek Matematik  dapat band 6 tapi subjek Pendidikan
13
 Jasmani  dapat band 3′?Bagaimana anak saya akan menyambung pelajaran ke sekolah Berasrama Penuh ? sebagai contoh.
Dari segi pelaksanaannya juga,kadang-kala guru kita suka ‘tangkap muat’ bila memberi markah.Kemungkinan kesuntukan masa ,kerja disaat-saat akhir atau sebagainya. Kes ini bila menjadi rungutan,menghendaki semua pihak sentiasa memantau sepanjang masa bukan berkala.
Kesimpulannya PBS merupakan satu anjakan baru dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ia akan mengukur kemajuan Negara Malaysia agar setaraf dengan Negara maju bila mencapai tahun 2020.Maka sebagai seorang guru sudah tentu kita perlu menjawabnya secara professional dengan bukti-bukti yang jelas.Kita perlu member pemahaman baik kepada murid dan juga waris akan istilah band ini agar ianya menjadi satu bahan mengukur anak-anak dengan lebih realistik.Penafsiran secara mantap mengikut yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran akan meyakinkan semua pihak agar perlaksanaannya dapat dijalankan dengan penuh intergriti.Gambaran seperti membina sebuah rumah yang lengkap(band 6)keberangkalian dapat memberi kefahaman sedikit sebanyak.
               















14
BAHAGIAN B
Tujuan tugasan ini ialah menguji kebolehan anda menggunakan Kaedah Analitik dan Kaedah Menyeluruh (atau Global atau Impresionsitik) dalam pemeriksaan esei.
1.      Latar belakang Esei (3 markah) -  1 halaman
o   Matlamat esei / Apakah yang diuji?
o   Tahap hasil pembelajaran yang diukur.
  Matlamat ujian ini adalah untuk menguji sejauh mana penguasaan murid dalam karangan yang diberi.Penguasaan yang dimaksud ialah berkaitan karangan berbentuk cerita semula atau boleh dikatakan berbentuk fakta atau urutan peristiwa.
            Selain dari itu pengujian ini dijalankan untuk mengetahui sejauhmana murid dapat menguasai pengalaman baru yang dihadapi oleh mereka.Ini adalah kerana Sekolah saya baru saja menyambut Hari Guru 2013. Pelbagai aktiviti Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung. Justeru murid diminta untuk menterjemah semula dalam bentuk karangan berkaitan perayaan tersebut.
            Pengujian ini adalah untuk memberi latihan agar murid dapat mengingati kembali peristiwa yang berlaku langkah demi langkah.Ini adalah kerana murid yang dipilih telah mempunyai pengalaman yang sedia ada atau benar-benar telah melalui peristiwa tersebut.
            Langkah yang dibuat ini agar murid dapat mengingat semula akan peristiwa yang dilalui ,kalau tidak seratus peratus pun hampir lima puluh peratus daya ingatan adalah memadai.Murid juga di galakkan untuk menambah reka cerita mereka .Ini bertujuan memberi pendedahan murid dalam menyampaikan penulisan mereka dalam pelbagai gaya,ilmiah dan gramatis.
            Selain itu , isi yang dihasilkan oleh murid juga dapat diimplimentasikan dalam karangan yang berformat lain. Contoh karangan berformat lain seperti Laporan,Catatan Harian,surat kiriman Tidak Rasmi dan sebagainya
            Tahap hasil pembelajaran yang diukur  merujuk kemahiran murid dalam tahun enam iaitu .karangan yang  berbentuk naratif.Karangan ini dipilih sebagai asas atau para format dalam membina karangan secara format khusus. Setelah murid mudah membuat gaya penceritaan bebas ,murid yang sederhana dan lemah agak bebas menyampaikan esei mereka.Ini adalah kerana seandainya guru meletakkan format verita,catatan harian,laporan dan sebagainya , murid tidak dapat menghasilkan ide-ide yang kreatif dalam karangan mereka .Setelah guru berpuashati dengan langkah umum dalam penulisan  murid,guru bolehlah mengkelasifikasikan tajuk ini sebagai satu laporan,surat kiriman,catatan rasmi dan sebagainya.Di sini guru sekali lagi membimbing murid dari pelbagai kategori untuk membina karangan mereka berdasarkan format yang diberi.Ini berdasarkan karangan murid setelah disemak kali pertama dari segi cerita atau isi  ,penggunaan perbendaharaan kata,unsur gramatis dan sebagainya
Secara umumnya karangan ini adalah berobjektif menghuraikan isi utama dengan isi-isi sampingan yang sesuai.Strateginya ialah mencari dan mencatat isi-isi penting dan menguraikan kembali.


15
Latarbelakang
       Teknik penyoalan ujian berbentuk subjektif ,khususnya karangan penulisan,merupakan alat pengukuran yang berkesan jika peraturan member markah (skema) yang sesuai.Kemudian pemriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa.Ketelusan member markah mestilah melibatkan lebih dari seorang iaitu ada penyelarasan antara pemeriksa.
Peraturan Memberi Markah
Sebelum kita memeriksa karangan, kita perlulah menyediakan peraturan member markah iaitu skema.Bagi ujian sumatif seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Skema telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.Umumnya ada dua teknik dalam membina skema iaitu teknik global.Teknik ini meliputi impresif,holistic atau tanggapan.dan satu lagi teknik analisis(perincian)Abdul Aziz (1993:155).Kaedah analisis juga dapat panggil kaedah teknik elektrik atau analitik.

Prosedur Pentadbiran Ujian
Ujian ini dijalankan seperti pelajar menduduki ujian sebenar. Seramai 25 orang calon  dari 126 orang telah dipilih mengikut kumpulan masing-masing.Kumpulan itu ialah dari kumpulan cemerlang,sederhana dan lemah.Ujian ini diadakan dibilik khas dengan dikawal selia oleh dua orang pengawas.Masa yang diberikan adalah selama empat puluh minit(40 minit).
            Murid diberi pilihan untuk menjawab satu soalan sahaja.Ketua Pengawas yang dilantik telah menjalankan tugas sebagai pengawas peperiksaan.Setelah siap murid menjawab,kertas soalan dikumpul dan diserahkan kepada saya .Seterusnya saya membuat satu salinan lagi untuk disemak oleh dua orang guru Bahasa Malaysia.Mereka telah mengajar dan memeriksa kertas UPSR hampir 10 tahun.Seorang diberi tugasan untuk memeriksa dengan memakai kaedah holistik dan seorang lagi menggunakan analitik.
Panduan dan Cara Memeriksa Kertas (Teknik Global /holistic)
1.Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan.
2. Isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah.
Langkah-langkah Memeriksa Kertas
1. Pemeriksa) hendaklah membaca semua  ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut.Kemudian  anggarkan tahap karangan tersebut. Pencapaian karangan itu akan disesuaikan berdasarkan kriteria tertentu.
16
2. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.
3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.
4. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.
5. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah.Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.
6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.
7.Markah  akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkan
isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting.
Isi karangan yang dikuti dengan keterangan ,huraian , dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup , jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Bagi keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk jadual penskoran yang telah disediakan di lampiran 1,2 dan 4 
     Cara ini amat subjektif , memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan berkebolehan membaca karangan secara kritikal.Di bawah cara pemeriksaan secara global atau holistik
(sila lihat lampiran 1)
Panduan dan Cara Memeriksa Kertas:Pemarkahan secara analisis atau analitik
     Markah diberi berdasarkan kriteria tertentu.Sekiranya jawapan calon mempunyai banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria itu, maka tinggilah markahnya.Pemarkahannya sistematik dan kebolehpercayaannya tinggi.Pemeriksa pula tidak semestinya pakar dalam bidang berkenaan .Teknik pemarkahan ini sesuai untuk ujian pencapaian dan boleh juga digunakan untuk ujian formatif kerana hasilnya dapat digunakan untuk tujuan  diagnostik dan member maklumat kembali kepada pelajar dan pengajar.
     Perincian markah bagi  pemeriksa kedua lazimnya digunakan  seperti di lampiran 2 ,3 dan5

17
Gambarajah : Jadual Analisis pemarkahan Pemeriksa Holistik dan Analitik


Bil


Nama Pelajar
(Angka Giliran)
Pemeriksa A
(Kaedah
Holistik)
Markah Penuh (100)
Pemeriksa B
(Kaedah
Analitik)
Markah Penuh(100)


Catatan
1
Kl 4004001
70(B)
60(B)
Beza +10

2
Kl 4004002
73(B)
70(B)
Beza+3

3
Kl 4004003
57(C)
70B)
Beza-13

4
Kl 4004004
60(B)
50(C)
Beza+10

5
Kl 4004005
77(B)
70(B)
Beza+7

6
Kl 4004006
77(B)
63(B)
Beza+14

7
Kl 4004007
57(C)
43(C)
Beza+14

8
Kl 4004008
77(B)
73(B)
Beza+4

9
Kl 4004009
80(A)
70(B)
Beza+17

10
Kl 4004010
43(C)
43(C)
Beza+0

11
Kl 4004011
53(C)
53 (C)
Beza-0

12
Kl 4004012
73(B)
60(B)  
Beza+13

13
Kl 4004013
70(B)
67(B)
Beza+3

14
Kl 4004014
83(A)
73(B)
Beza+10

15
Kl 4004015
80(A)
83(A)
Beza-3

16
Kl 4004016
80(A)
53(C)
Beza+27

17
Kl 4004017
87(A)
77(B)
Beza+10

18
Kl 4004018
73(B)
57 (C)
Beza+16

19
Kl 4004019
80(A)
83(A)
Beza-3

20
Kl 4004020
60(B)
60(B)
Beza+0

21
Kl 4004021
77(B)
67(B)
Beza+10

22
Kl 4004022
77(B)
70(B)
Beza+7

23
Kl 4004023
83(A)
67(B)
Beza+23

24
Kl 4004024
87(A)
70(B)
Beza+17

25
Kl 4004025
67(B)
57(C)
Beza+10

ANALISIS

B
I
L

KRITERIA

Kaedah Holistik

Kaedah Analitik

CATATAN




JUMLAH
%
JUMLAH
%
1
 Cemerlang     A (80-100)
8 ORANG
32%
1 ORANG
4%

2
Baik                B  (60-79)
13 ORANG
52%
16 ORANG
64%

3
Sederhana       C  (40-59)
4 ORANG
16%
8 ORANG
32%

4
Lemah             D (20-39)
-
-
-
-

5
Sangat Lemah E (0- 19)
-
-
-
-

18
Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh kedua pemeriksa, beberapa andaian telah dibuat analisis.
1.                    Perbezaan markah atau gred
            Adalah dikenalpasti ,pemberian markah untuk calon yang diperiksa seperti berikut:
Pemeriksa
Bil Gred
        A
Bil Gred
       B
Bil Gred
        C
Bil Gred
     D
Bil Gred         
    E
Holistik
8 orang(32%)
13 orang(52%)
4 orang(16%)
   -

Analitik
2 orang(4%)
15 orang(64%)
8 orang(32%)
   -

       Perhatian : Kelas ini tiada murid pemulihan atau buta huruf .
       Dari analisis yang dibuat , kajian menunjukkan Bilangan Gred A untuk pemeriksa secara holistik adalah lebih ramai dari kaedah analitik. Malah kaedaha secara holistik ini mencapai hamper separuh dari calon yang diuji. Bagi pemeriksa berdasarkan kaedah analitik untuk member gred cemeralang (A) agak sedikit.Sementara pemeriksa analitik agak mudah untuk memberi markah berdasarkan gred sederhana dan lemah serta sangat lemah(E).
    Berdasarkan penelitian , hanya empat orang murid sahaja yang markahnya melebih cara pemeriksaan secara holistik.Sementara tiga pelajar sahaja yang mendapat markah yang sama.Sementara selebihnya menggunakan kaedah holistik adalah sebanyak lapan belas orang.Ini menunjukkan ada perbezaan yang begitu ketara iaitu melebih 60% ,kaedah pemeriksaan holistik boleh dianggar wajar.Pemeriksa holistik mempunyai pelbagai sifat dan bebas untuk memberi markah mereka. Mereka merasa ‘empathy’ dalam menilai seseorang itu.Namun begitu kalau berdasarkan analitik, pemeriksa terlalu mengikut kepada angka atau nombor.Maka pengukuran seperti ini agak tidak memberi  keyakinan dan keselesaan kepada calon dan pemeriksa.Bagi kaedah holistik mungkin timbul dalam rasa hati mereka untuk memperbaiki ,atau peluang kali kedua untuk membaiki kesilapan mereka.
            Dari rujukan di atas ,  hanya dua calon dari 8 calon  yang dapat mengekalkan kecemerlangannya apabila di periksa mengikut analitik.Sementara agak mudah calon untuk gagal dalam kaedah analitik .Saya boleh menyatakan tahap pemeriksaan menunjukan : Kaedah Analitik: pencapaian calon dengan  markah sederhana 60 sahaja akan mendapat cemerlang(80) bila diperiksa  secara holistik.

 Rumusan dari  kajian tadi pemeriksaan  analisis untuk karangan sekolah rendah memerlukan pemeriksaan yang teliti.Pemeriksa perlu membaca karangan terlebih dahulu
atau berulang-ulang bagi mencari isi,kesalahan tatabahasa dan sebagainya

19
Melalui kaedah ini memerlu masa yang banyak. Biasanya calon akan diberi markah bulat. Adakalanya calon mendapat markah 79½ (B) akan dibulatkan menjadi 80 (A) satu ketika menguntungkan calon atau kelebihan calon.Namun begitu pembulatan itu agak kurang wajar.
            Seandainya calon memberi jawapan di luar jangkaan atau terpesong.Maksudnya murid tidak menjawab seperti kehendak soalan.Lebih-lebih lagi bila dibuat penelitian murid mengarang dengan sangat menarik, tulisan cantik dan tatabahasa semuanya tidak mengalami kesilapan.Maka terpulanglah kepada pemeriksa untuk menentukan kebolehan percayaan . Adakah kita tidak perlu menilai isi kerana terpesong atau menerima kesemua tatabahasa sahaja. Kalau kita membuat penelitian sebegitu rupa agar murid dapat juga markah atas kelalaian yang dilakukan oleh murid.Tetapi mengikut pengalaman ,peringkat tertinggi yang dapat diberi dalam kes ini ialah peringkat( D ) gagal.
                        Dalam lain kemungkinan jawapan calon nampak baik atau cemerlang,tetapi tetapi tatabahasa serta gaya penyampaianya agak tidak sempurna ,maka peringkat tertinggi boleh di beri markah ialah Baik (B)
Kesimpulannya  kecemerlangan pencapaian keputusan peperiksaan amnya dan Kertas 012 -Bahasa Melayu khasnya bagi sebuah sekolah mempunyai pertalian dengan kejayaan pelajarnya. Hakikat yang tersirat hasil kajian mendapati kaedah dan teknik pengajaran  mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap karangan Bahasa Melayu.
                    Selain itu, teknik pemeriksaan yang tepat dan berkesan akan member keyakinan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran penulisan. Terdapat beberapa tahap kebolehpercayaan pemeriksaan secara holistik karangan catatan dalam kalangan guru
Bahasa Melayu berdasarkan jantina, pengalaman dan kepakaran.Teknik pemeriksaan holistik yang sesuai dan berkesan jika diamalkan dapat membantu pelajar memperoleh pencapaian yang tinggi dalam karangan Kertas 012-Bahagian B, Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati perbezaan jantina, pengalaman mengajar dan memeriksa kertas karangan serta kepakaran dalam penandaan kertas peperiksaan UPSR mempengaruhi kebolehpercayaan pemeriksaan holistik para guru tersebut. Maklumat tentang tahap kebolehpercayaan itu membantu guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar teknik menulis karangan yang berkesan dan mencapai tahap kecemerlangan. Perkara ini penting, agar pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini meningkat dan pengajaran guru berkesan. Selain itu, guru bahasa juga dapat memahami kecenderungan, kekuatan dan kelemahan sendiri dalam pemarkahan yang diamalkan oleh mereka.

20
Pentadbiran dan pemeriksaan ujian ialah tahap yang sepatutnya tidak  menimbulkan masalah apabila langkah -langkah, strategi -strategi dan skema- skema telah disediakan terlebih dahulu. Guru harus tahu gaya pembelajaran yang sesuai digunakan oleh muridnya yang berbeza tahap pencapaian. Oleh itu, sesuatu kaedah pemeriksaan tidak semestinya terbaik untuk semua murid, terutama dalam P&P karangan (Abu Bakar Nordin, 2008).

Kesimpulan
Pengkaji berpendapat bahawa guru -guru pemeriksa kertas karangan Bahasa Melayu UPSR mungkin tidak mengaplikasikan kepakaran mereka dalam sesi pemeriksaan ini atas faktor pemarkahan UPSR yang lebih memudahkan pemberian markah dan tekanan terhadap bilangan skrip yang banyak untuk diselesaikan serta masih terikut - ikut dengan pemeriksaan secara analitik yang telah diamalkan sejak sekian lama. Berbanding dengan guru -guru yang bukan pemeriksa Kertas 012 -UPSR yang begitu teruja untuk mengamalkan teknik holistik yang lebih mudah berbanding  analitik yang lebih sistematik.
        Secara keseluruhan bahawa guru-guru lelaki lebih tekal semasa proses pemarkahan dijalankan. Berbeza dengan guru-guru yang berpengalaman lebih tekal berbanding guru-guru yang baru mengajar dan memeriksa kertas karangan dalam proses pemarkahan mereka.
Oleh itu, guru-guru perlu memiliki kemahiran memeriksa kertas karangan supaya pemeriksaan yang dibuat lebih holistik.




















21
RUJUKAN

1.Abu Bakar Nordin. (2008) Pentaksiran dalam pendidikan dan Sains sosial.Tanjung Malim : Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2.Azizi Ahmad. (2006)Pengukuran dan penyelidikan dalam pendidikan . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

3.Bahasa Melayu UPSR (SK): Format pentaksiran mulai 2005 . Shah Alam: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd.

4.Hashim Othman.(2005).Pentaksiran karangan Bahasa Melayu Pulau Pinang: Penerbit
Universiti  Sains Malaysia .Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 63Malay Language Education Journal (MyLEJ)

5.Kamarudin Husin.(2001). Pendekatan mengajar bahasa . Petaling Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2005).

6.Linn, Mohd. Majid Konting,Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan kaedah penyelidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Musa Sulaiman. (2002)

Rujukan Tambahan

1.Bahan Kursus dan Perbengkelan : Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan ,Institut Aminudin Baki ,Caeangan Jitra ,Kedah. 08 hingga 20 Jun 2013.
.




















22
Lampiran 1:Panduan pemarkahan kaedah holistik
PENSKORAN
UKURAN PENCAPAIAN(KRITERIA)
Cemerlang
(24 – 30)
(27 – 30)
Tinggi
(24 – 26)
Rendah


1. Karya atau penyampaian isi yang jelas dan menarik
untuk dibaca.
2. Pengolahan idea yang sangat baik , menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema.
3. Menggunakan  pelbagai  kata dan kosa kata yang meluas
serta sesuai dengan tema atau soalan.
4. Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.
5. Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan.
6. Mengandungi pendahuluan , minimum tiga isi , dan
penutup yang bernas.
Baik (17 – 23)
(20 – 23) Tinggi
(17 – 19) Rendah



1.Karya atau penyampaian isi yang jelas untuk dibaca.
2. Pengolahan idea yang baik, dengan menggunakan ayat yang gramatis bertepatan dengan tema atau soalan.
3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana
serta sesuai dengan tema atau soalan.
4. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca dan tidak menjejaskan karangan.
5. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.
6. Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi , dan
penutup yang sesuai.
Memuaskan
(11 – 16)
(14 – 16)
Tinggi
(11 – 13)
Rendah



1. Karya atau penyampaian isi yang mudah dan ringkas untuk dibaca.
2. Pengolahan idea atau menyatakan isi dengan menggunakan
ayat dasar yang bersesuaian dengan tema atau soalan.
3. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad , masih sesuai dengan tema.
4. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar , noktah , dan koma)
dan terdapat banyak kesalahan tanda baca dalam karangan.
5. Terdapat banyak kesalahan ejaan dalam karangan.
6. Mengandungi pendahuluan , minimum satu isi , dan penutup yang sesuai.
Pencapaian
Tahap
Minimum
(1 – 10)
(7 – 10)
Tinggi
(1 – 6)
Rendah



1.Karya atau penyampaian isi yang tidak sesuai dengan tema karangan.
2. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami jalan ceritanya.
3. Penggunaan perkataan yang terhad dan  tidak sesuai dengan tema.
4. Tidak menguasai
kemahiran tanda baca dalam ayat atau penulisan.
5. Tidak menguasai
kemahiran ejaan dalam ayat atau penulisan.
6. Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak soalan.
7. Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas
maksudnya.
8. Isi karangan tidak berkaitan atau tidak menepati kehendak soalan.
9. Karangan  terpesong atau  tergelincir dari landasan soalan atau tajuk.

23



Lampiran 2:Panduan Pemarkahan Kaedah Anelitik
Perbendaharaan kata                                 3 markah        
(a)    Struktur ayat                                       3 markah                                
(b)   Penggunaan Imbuhan                         3 markah
(c)    Penggunaan Tanda baca                     3 markah
(d)   Ejaan                                                   3 markah
                   JUMLAH                                                 15MARKAH
     Bagi perbendaharaan kata dan struktur ayat ,markah dapat diberi secara global.Potong setengah markah bagi setiap kesalahan penggunaan imbuhan,penggunaan tanda baca,dan ejaan.Markah tidak dipotong bagi kesalahan berulang.
            Markah isi pula dapat diagihkan seperti di bawah :
            Pendahuluan                                                   1 markah
            Isi : 4 isi x 3 markah                                        12 markah
            Penutup                                                           1 markah
            Bonus                                                              1 markah
                        JUMLAH                                            15 MARKAH
MARKAH KESELURUHAN                                 30 MARKAH


Penyelarasan ‘markah’ dan ‘gred’
Untuk pemeriksaan ini dibuat penyelarasan markah dan grid dibuat persamaan samada kaedah holistik atau pun analitik:
1.Cemerlang (A) 24 -26   iaitu  80% hingga 100%
2.Baik          (B)   17-23  iaitu   59% hingga 79%
3.Sederhana (C)  11-16 iaitu    40% hingga 59 %
4. Lemah      (D) 0-  10 iaitu    0%  hingga   39 % 





24



Lampiran 3Panduan pemarkahan :kesalahan

                      
                      /

     Isi

        
                (          )


Kesalahan idea / fakta

       ~~~~~~~~

Kesalahan struktur ayat



_______________________

Kesalahan penggunaan kata/kosa kata/imbuhan/
-tertinggal perkataan


  ==============


 Kesalahan berulang penggunaan kata/kosa kata/
imbuhan




Kesalahan tanda baca

Kesalahan tanda baca berulang


Kesalahan ejaan




Kesalahan ejaan yang berulang /isi berulang













25


Lampiran 4 (Holistik)

Skema Jawapan Hari Guru

Pendahuluan
Bilakah diadakan perayaan Hari Guru
Apa Aktiviti
Siapa terlibat
Diadakan di mana
Tujuan Di adakan

Isi-isi penting:
1.Murid-murid berkumpul di padang-nyanyian lagu negaraku,selamatkan sultan,Guru Malaysia
-membaca perutusan-perutusan
Ucapan Guru Besar ,Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran

2.Selepas ucapan :permainan di padang-bola sepak,bola jarring
   -telatah guru-sukaneka-mencuit hati

3.Selesai Acara Padang
-acara dewan-persembahan,karaoke,sajak guru dan murid.
-sungguh menghiburkan

4.Acara seterusnya-penyampaian hadiah  acara sukan
-cabutan nombor bertuah
-bertukar-tukar hadiah
-tokoh murid /tokoh guru
-jamuan

-lain-lain isi yang dikira logik  boleh diterima.















26

Lampiran 5 (Analitik)

Skema Jawapan Hari Guru

Pendahuluan (1markah)
Bilakah diadakan perayaan Hari Guru
Apa Aktiviti
Siapa terlibat
Diadakan di mana
Tujuan Di adakan

Isi-isi penting(15 markah)
1.Murid-murid berkumpul di padang-nyanyian lagu negaraku,selamatkan sultan,Guru Malaysia
-membaca perutusan-perutusan
Ucapan Guru Besar ,Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran

2.Selepas ucapan :permainan di padang-bola sepak,bola jarring
   -telatah guru-sukaneka-mencuit hati

3.Selesai Acara Padang
-acara dewan-persembahan,karaoke,sajak guru dan murid.
-sungguh menghiburkan

4.Acara seterusnya-penyampaian hadiah  acara sukan
-cabutan nombor bertuah
-bertukar-tukar hadiah
-tokoh murid /tokoh guru
-jamuan

1 Isi-  3 markah hanya 4 isi  -12 markah

-lain-lain isi yang dikira logik boleh diterima.

Penutup (1markah)
Perasaan
Ulasan
Bonus (1markah)
Calon menyampaikan dengan baik dan logik serta menarik.