Wednesday, October 13, 2010

KURSUS ICT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH


KURSUS ICT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH
DI INSTITUT AMINUDIN BAKI

11 HINGGA 14 OKTOBER 2010
DI IAB UTARA JITRA

Kursus Pengurusan Dalam ICT telah berjalan dengan lancar .Kursus ini dijalankan pada 11- 14  Oktober 2010 (selama 4 hari) dari hari Isnin hingga Khamis.Seramai 30 orang peserta  ( 11 guru perempuan dan 29 orang guru lelaki)  telah terlibat dalam kursus ini.Peserta-peserta yang terlibat adalah dari guru-guru negeri Kedah,Perlis,Pulau Pinang dan Selangor.

Kursus ini memberi fokus kepada Penolong Kanan Pentadbiran  Sekolah Rendah pengurusan pentadbiran menggunakan teknologi komunikasi .

Antara bidang yang diajar meliputi pengendalian dan keselamatan internet dan etika ,manipulasi maklumat ,sebaran /Pengurusan maklumat ,memuat Gmail,Blog,ms out look,print screen , membuat pengisian data dsb.

Kursus ini dikendalikan oleh Pensyarah-pensyarah dari IAB Utara. Antaranya ialah Tuan Haji Elhammi bin Haji Ahmad,En. Chi Chong Gian,dan dibawah pengurusan Tuan Haji Zamri bin Abu Bakar dengan urusetianya Puan Badariah bt Mohamad.

Kursus ini banyak memberi pendedahan kepada semua pentadbiran agar celik ICT dikalangan golongan ini setaraf dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.

Pendedahan yang berguna ini banyak mendatangkan impak yang baik kepada semua peserta kursus.

Sesungguhnya kursus ini memberi banyak pengetahuan yang amat berguna kepada semua peserta .

Terima kasih kepada semua peserta yang bertungkus lumus dalam penghasilan mereka .Terutamanya kepada Semua warga IAB Utara yang telah memberikan keselesaan kami semua peserta bertaraf lima bintang.

Kepada keluarga isteri, dan anak-anak tersayang jutaan terima kasih atas kerjasama dan dorongan yang diberikan.

Kepada Tuan Guru Besar dan rakan sekolah SK Kampong Padang , terima kasih atas kerjasama anda. Mereka banyak membantu dalam P & P  di sekolah hingga ke mercu jaya.

Kepada semua rakan-rakan sepejuangan rajin-rajinlah berkursus
Terima Kasih,Wassalam.

Mohd Azilah Dot Com