Sunday, October 27, 2013

Falsafah Pendidikan Saya



Soalan :Bahagian A :Falsafah Pendidikan Saya
Pendahuluan
 Falsafah merupakan satu usaha pemikiran yang bertujuan mendapatkan kebenaran. Berfalsafah ialah proses mencari kebenaran tentang alam semulajadi dan tentang manusia.( Nagel, 1987).Oleh itu, dalam kehidupan kita mesti ada falsafah yang tersendiri.Orang yang kuat  berpegang   pada falsafah mempunyai pegangan tersendiri.Ia mempunyai pengikut atas istiqamah  prinsipnya. Tujuan falasafah ,  bagi meningkatkan amalannya ,mengurus diri,menjana kehidupan dan menjadi contoh.Tuntasnya ia mempunyai prinsip tersendiri dalam mengurus kehidupan.
Walaupun tidak menjadi tauladan kepada sesiapa saya juga mempunyai falsafah sendiri. Antaranya mengurus masa ,mengurus keluarga dan juga anak murid saya. Kadang kala falsafah saya ini tidak dapat dipraktikan seratus peratus atau semaksima mungkin.
Dalam menjana falsafah pendidikan saya , saya gariskan seperti berikut:
1.Mendekatkan diri dengan Pencipta(Allah)
2.Sentiasa Awal dan Mendahului
3. Mempunyai Prinsip
4. Menjadi orang berguna.




3


1.      Mendekatkan diri dengan Pencipta (Allah).

Lukman Al-Hakim berkata (rujuk gambarajah di atas) Hidup Tanpa agama sesatlah kita.Manusia tanpa akhlak hinalah dirinya.Manusia tanpa akhlak dan agama , celakalah hidupnya dan agama tanpa akhlak , cacatlah agama.Fikir,fikirkan .
         Dalam falsafah pendidikan saya , saya sangat mengharapkan agar semua anak didik saya menjadi orang yang beriman.Untuk menjadi orang beriman perlulah mendekat diri dengan khaliq iaitu pencipta. Maka beliau perlu banyak mendalami ilmu agama. Dengan mendalami ilmu agama disamping tidak mengabaikan ilmu duniawi akan menjadi kita sebagai insan yang bertakwa.Itulah harapan saya agar anak didik saya memperoleh kejayaan  dunia dan akhirat.Dengan mendekatkan diri kepada tuhan , tentulah mantap akidahnya.Kemantapan akidah  menghindar diri dari kesesatan.Justeru segala tindaklakunya akan berpaksi kepada tuhan. Batas kerja yang dilakukan akan terarah dan mempunyai landasan yang betul.
       Maka kurang lah kerosakan oleh tangan-tangan manusia yang kotor itu. Melalui dekatkan diri dengan Allah atau Rab , akan mengawal nafsu rakus dan sebagainya.Kita perlu beringat kita akan dikembalikan .Hidup hanya sementara.Semuanya akan musnah .Setinggi mana ilmu yang ada pada kita hanyalah pinjaman sementara.Tiada yang kekal,melainkan Allah.Kita dijanjikan dengan balasan hidup semula iaitu di
4
Padang Mahsyar.Maka saya cuba berusaha agar orang di bawah tanggungan saya
sedar akan hal ini ,Moga kita tidak ditanya apa yang kita lakukan.Seperti mana para
ahli falsafah yang termashur di dunia,apakah pemikiran mereka sampai ke tahap yang dijanjikan Allah,iaitu hidup semula ,alam baru,alam akhirat.Kalau tidak mereka banyak membawa kesesatan bersama pengikut mereka.
2. Sentiasa awal dan mendahului
          Dalam falsafah pendidikan saya , saya mahu setiap anak murid saya sentiasa awal. Maksudnya dalam pusingan kehidupan, orang Islam bermula pada pagi. Jadi adalah lebih sempurna saya mahu anak murid atau keluarga saya bangun awal sebelum subuh .Kita boleh mempersiapkan tanggung jawab kita dengan tuhan. Dari situ kita terus menyusun kehidupan kita.kalau seorang murid saya mahukan mereka datang ke sekolah awal.Maka mereka boleh masuk kelas awal,seterusnya mereka boleh membuat persediaan lebih baik dan terancang.Menyiapkan kerja yang belum selesai.Begitu juga dengan mengurus kerja rutin yang lain. Pegangan saya , sentiasalah awal dan mendahului maka kita akan berjaya.Cuba kita lihat contoh Jepun dan China atau Korea,rakyat mereka bangun lebih awal untuk bekerja.Mereka telah Berjaya menguasai dunia dalam apa teknologi sekali pun.Cubalah kita renungkan akan prinsip ini sedah tentu kita menemui kejayaan.
            3.Mempunyai prinsip
Falasafah pendidikan saya yang ketiga  ialah saya mahu anak murid saya seorang yang berprinsip.Prinsip yang saya maksudkan ialah iaitu landasan kehidupan  dengan pegangan  agama yang kukuh.Melalui pegangan agama yang mantap dapat menahan setiap insan dari melakukan perkara yang buruk dan keji.Lantaran itu kita dapat menghindarkan diri menjadi manusia yang dikeji dalam masyarakat.Untuk menjadi insan yang berprinsip bukannya mudah. Godaan demi godaan sentiasa mengancam kita.
Maka kita perlu mantapkan dengan keimanan.Prinsip ikan –walaupun hidup di lautan yang airnya masin namun bila dimasukan ke dalam kuali perlu dicampur garam juga .
5
4.Menjadi Orang Yang Berguna
Orang yang berguna ,mahfumnya ialah manusia yang terhasil dari didikan ilmu yang keagamaan mantap.Kemantapan ilmu , samada yang berbentuk pelbagai cabang ilmu dapat diasimilasikan dalam kehidupan manusia.Ilmu yang dipelajari samada berbentuk sains,matematik,fizik ,kimia , biologi dan sebagai akan dapat dimanfaatkan kepada orang. Begitu juga dengan ilmu –ilmu mengurus yang lain, contoh bertukang, pertanian, rekaan,
inovasi, perkhidmatan  dan sebagainya dapat dimanafaatkan oleh orang lain sebagai ilmu
yang berguna.Menjadi orang yang berguna adalah berlandaskan ilmu tadi,langsung mempergunakannya untuk membantu manusia yang lain. Maka saya katakan falsafah pendidikan saya, walaupun kita sebagai manusia yang pencapaian akademik yang tidak \seberapa, yang penting dapat manafaatkan hidup kita berguna kepada orang lain.Kita membantu orang ,ringan  tulang, atau sekurang-kurang memberi sedikit pendapat yang seadanya  ,merupakan sumbangan ide yang amat baik.Dengan kata lain kita ibarat seperti benih yang subur , bila dicampak jadilah pulau.
Kesimpulan.
    Dalam falsafah pendidikan saya , saya mahukan setiap insan berkewajipan penuh dalam mentaati perintah tuhan, melaksanakan arahan yang diberikan.Kemudian tidak mengabaikan kehidupan dunia. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat.  





6
SOALAN BAHAGIAN B
1.      Menurut Al-Farabi ‘manusia yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain’. Bincangkan secara kritis.
Bincangkan dengan menggunakan perkataan sendiri maksud pernyataan berkenaan. (Elakkan mengguna perkataan dan frasa daripada bahan pembelajaran – Markah akan ditolak jika anda menyalin sepertimana terdapat dalam bahan pembelajaran atau sumber-sumber lain seperti blog, laman web dan sebagainya)
Al –Farabi,  yang memiliki nama lengkap Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu  Turkhan. Al-Farabi hidup pada 259-339 H/ 872-950 M.Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki.
Al-Farabi telah menggariskan  insan yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. Pengukapan ini adalah diambil dalam ayat al quran yang membawa maksud insanul kamil .Insan yang bermaksud manusia  . Kamil bermaksud sempurna .Manusia yang sempurna membawa maksud sempurna dari segi zat dan sifat. Sifat insane ialah terpuji seperti kasih saying .mulia dan lemah lembut atau sebagainya.Kamil ialah suatu keadaan yang sempurna melalui terkumpulnya sejumlah potensi dan kelengkapan ilmu atau sifat yang baik lainnya.
Untuk menjadi manusia yang sempurna yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni bagi dijadikan teladan kepada orang lain, bebarapa kesimpulan boleh dijadikan panduan untuk kita memahaminya. Antaranya ialah :
 
7
1.Berfungsi Akal dan Etika Secara Baik.
Manusia yang berakal atau akalnya secara optimum adalah dapat membeza yang baik dan yang buruk. Manusia yang waras dapat menjiwai setiap yang baik diberi ganjaran baik atau dibalas baik . Setiap adab atau etika yang buruk atau kelakuan jahat setimpalnya dengan kejahatan yang dilakukan. Ini dapat dirujuk dalam surah az-zalzalah (surah 99) ayat 7 dan 8: Barang siapa mengerjakan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan walaupun sebesar zarah dan barang siapa melakukan kejahatan akan dibalas jahat walau sebasar zarah sekali pun.Jadi setiap manusia yang mempunyai akal boleh berfikir untuk mencari yang NILAI baik atau pun yang buruk.Dalam Islam telah menyifatkan yang baik sebagai sifat MAHMUDAH dan yang tidak baik sebagai sifat MAZMUMAH.
1.      Berfungsi institusinya
Dalam pandangan Ibnu Sina disebut jiwa manusia atau rasional. Manusia yang dipengaruhi dirinya dengan jiwa manusianya, maka orang itu hampir menyerupai malaikat atau menghampiri kesumpurnaan.Dengan jiwa yang sempuna, melahirkan tuturkata yang baik. Tingkah laku dari manusia yang sempurna adalah sungguh mulia. Maka akhlak yang sedemikian rupa dapat membentuk acuan yang baik. Ia akan menjadi contoh dan tauladan kepada seluruh manusia. Kata-katanya dihormati samada kawan atau lawan.
2.      Mampu mencipta budaya.
Manusia yang sempurna ialah manusia yang mampu berusaha menggunakan seluruh potensi rohaniahnya. Menurut Ibn Khaldun manusia adalah makhluk berfikir itu bezanya dari haiwan. Maka dari menggunakan fikiran akan melahirkan idea-idea yang baru. Idea inilah adalah satu proses peradaban yang di lakukan secara evolusi.
3.      Menghiasi diri dengan sifat-sifat ketuhanan.
Secara fitrahnya, insan adalah termasuk makhluk yang mempunyai naluri ketuhanan. Ini secara fitrahnya bersifat sedemikian. Ia cenderung  kepada hal-hal yang berasal dari
8
ketuhanan dan mengimaninya. Sifat –sifat tersebut menyebabkan ia menjadi wakil tuhan di muka bumi  iaitu khalifah.Manusia akan menentukan nasibnya sendiri baik dalam kelompok masyarakat maupun sebagai individu. Ia mempunyai tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab kepada diri ,keluarga,komuniti, masyarakat, Negara. Maka yang lebih besar ialah tanggungjawab kepada penciptanya, Tuhan. Maka di sini manusia perlu mencari jalan yang diredai oleh tuhan kalau bagi orang Islam ialah keredhaan Allah. Dengan adanya ilmu dan nilai seperti yang dinyatakan oleh Al-Farabi manusia terus cari dan mencari bagi mendekatkan dirinya dengan rab ataupun penciptanya, Allah.
4.      Berakhlak mulia
Orang yang bersifat mulia ialah mempunyai ciri seperti yang dimiliki oleh jujungan besar nabi Muhammad s.aw. iaitu menyatakan benar,beramanah ,menyampaikan dan fatanah. Maka seluruh perlu menghayati sifat sedemikian rupa. Adakalanya manusia tidak dapat menguasai hakikat ini lantaran faktor- faktor sampingan yang mempengaruhinya. Maka berlakulah batas-batas yang tidak menjuruskan kepada insane. Maka diujudkan kod etika, sistem nilai, adat dan peradaban bagi membangun system nilai yang baru yang bersandarkan kepada pegangan atau anutan sesuatu pegangan.
5.      Berjiwa seimbang
Dalam falsafah pendidikan Malaysia salah satu cirinya ialah menekan aspek keseimbangan. Maka salah satu aspek yang perlu ada kepada setiap manusia ialah jiwa yang seimbang. Dari jiwa yang tenteram dan pemikiran yang bernas meletakan diri kita berada pada landasan yang betul. Kalau kita tidak meletakan pada dasar yang betul, pemikiran kita akan berdasarkan logik dan ini tidak ada dalam islam seperti yang dinyatakan oleh Al-Farabi. Justeru dengan jiwa seimbang, islam menolak pandangan logik atau atheis tidak bertuhan  seperti teori Darwin yang mengatakan manusia asal – usul dari seekor monyet.

9


Kesimpulan
Kesimpulannya pandangan Al-Farabi berkaitan kenyataan yang diberikan memanglah tepat sekali.Dengan penguasaan ilmu samada ilmu yang berkaitan duniawi atau ukhrawi menjadikan manusia berilmu. Melalui ilmu akan melahirkan ciri akhlak yang bersifat mahmudah atau nilai murni yang unggul.Sudah tentu ianya akan menjadi contoh kepada orang lain. Ini dapat kita ambil contoh kepada Al-farabi sendiri.
                                               
2.      Menurut John Locke, ‘minda adalah suatu tabula rasa’. Bincangkan secara  kritis.
Bincangkan dengan menggunakan perkataan sendiri maksud pernyataan berkenaan. (Elakkan mengguna perkataan dan frasa daripada bahan pembelajaran – Markah akan ditolak jika anda menyalin sepertimana terdapat dalam bahan pembelajaran atau sumber-sumber lain seperti blog, laman web dan sebagainya)
John Locke dilahirkan pada tahun 1632 di England.Beliau merupakan lepasan pelajar dalam bidang falsafah,sains tabie dan perubatan. Beliau banyak memberi pelbagai pandangan  dalam ilmu pengetahuan dan juga pendidikan. Antara pandangan ahli pemikir Zaman Kesedaran ini yang mashyur ialah “minda adalah suatu tabula rasa’.Apakah dia minda. Minda bermaksud suatu entity yang berbeza dari otak.Ia adalah satu bentuk tenaga bukan organ. Menurut Bechtel (1988) minda melibatkan keseluruhan daripada fikiran, tanggapan, persepsi, memori, mimpi dan sebagainya. Maksud yang boleh difahami, kita tahu otak untuk berfikir. Kalau otak ibarat pisau, minda kita maksudkan  ketajaman pisau itu. Apakah dia tabula rasa? Tabula rasa adalah bahasa Latin yang membawa maksud kertas kosong . Dalam buku gagasan agung, sebuah leksikon pemikiran barat pada muka surat 609  telah menyebut darihal pemikiran  John Lock; minda adalah satu tabula rasa. Dalam mengulas pendapat beliau beliau mengatakan, tanpa segala ciri,tanpa sebarang gagasan. Bagaimanakah minda sedemikian dilengkap? Dari manakah minda memperoleh
10
segala bahan taakulan dan pengetahuan? Kita boleh menjawab melalui pengalaman pengalaman? Terpulang kepada penafsiran kita sendiri.
John Locke ,bukan sahaja terpengaruh dengan pemikiran lama atau konservatif tetapi beliau juga merujuk kepada pemikiran Ibn Sina iaitu falsafah Islam. Di dalam Islam ada menyebut berkaitan pendidikan anak-anak.Anak-anak diibaratkan seperti kain yang putih. Maka terpulanglah kepada ibu bapa untuk menyahudikan atau memajusikan anak-anak tersebut.
Walaupun titik persamaan agak kurang tepat , saya merasakan persamaan pendapat atau pemikiran ini boleh diambil kira. Namun begitu John Locke memperjelaskan minda adalah suatu tabula rasa ,di mana minda kita mempunyai fungsi yang tersendiri. Iaitu bahan struktur (bukan bahan pengetahuan) dan mempunyai pengaitan dengan menerima maklumat luar. .Maka maklumat yang diterima itu digabungkan dari pengalaman sedia ada untuk membina nilai. Minda bermula tanpa ada apa-apa pengetahuan (tabula rasa) dan terbentuk hasil pengalaman hidup, persekitaran dan pergaulan, interaksi dan sebagainya. Dalam konteks ini, pemikiran yang betul akan melahirkan tindakan yang betul. Sebagai guru kita perlu merangsang minda murid. Dari rangsangan minda mereka akan mencungkil satu pengalaman baru kepada mereka. Pengalaman yang baru diperluas atau diperkayakan akan merangsang idea yang baru kepada murid. Seterusnya dengan mengawal pengalaman murid, guru akan membina minda murid dan mengawal corak pemikiran, sahsiah dan sikap pelajar.
Berdasarkan teori tabula rasa ini, sebelum anak-anak menduduki  bangku sekolah dan bertemu dengan guru, orang tualah yang sepenuhnya bertanggungjawab terhadap apa yang akan diajarkan kepada anak. Segala yang diajarkan oleh orang tua, itulah ilmunya. Jika ilmu tersebut berasal dari bentukan dan didikan orangtuanya maka sikap anak tersebut juga akan selaras dengan apa yang diajarkan orang tua. Jika ibu bapa mengajarkan tentang kebaikan dan kasih sayang, maka terisilah pemahaman pelajar tentang kebaikan. Sebaliknya jika anak tersebut berisi dengan hal-hal yang kurang baik, maka kelakuannya juga tidak akan menjadi baik. Locke mengatakan bahawa orang tua dan pembimbing harus menjadi contoh dan memperlihatkan sifat-sifat dan keperibadian yang baik, yang meliputi
11
kebaikan, pendidikan yang baik, dan hal-hal yang dihormati serta dapat ditiru oleh anak-anak. Seorang anak yang cuba untuk mencontohi hal-hal baik tersebut harus diberi pujian, didorong untuk melakukan hal yang baik kembali, diperbaiki, ditegur, atau dibimbing jika perlu tetapi jangan dibebani dengan kritikan yang berlebihan dan tidak berguna (mudhokhi, 2008). Locke juga menganjurkan agar tidak mengisi kepala anak-anak dengan "sampah" atau hal-hal yang tidak berguna kerana mereka tidak akan memikirkan hal-hal tersebut lagi selama hidupnya. Pendidikan harus bersifat praktikal, berguna, mempunyai makna, menyenangkan dan anak didik harus dihormati dan diperlakukan seperti orang dewasa. Selain itu, pelajar juga diberi kesempatan untuk mengeluarkan pendapatnya, belajar dari pengalaman yang nantinya dia akan memperoleh berbagai kemampuan yang berguna bagi hidupnya. Tabula rasa John Locke mengatakan bahawa lebih baik belajar dari pengalaman berbanding belajar dari buku-buku, namun belajar dari buku juga tidak serta merta dilupakan begitu saja. Dengan pengalaman yang telah dia alami dan ada dalam hidupnya, maka kelak individu tersebut dapat menentukan langkah hidup selanjutnya dan memilih apa yang terbaik untuk dirinya.
         Kesimpulannya, dalam konteks pendidikan  minda adalah tabula rasa, merupakan satu pandangan atau pemikiran yang baik.Ini adalah kerana dapat melahirkan seorang murid yang kritis,ideal dan juga mempunyai sahsiah kendiri yang sempurna. Namun begitu , guru atau ibu perlu memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minda anak-anak.






12
3.      Menurut Tagore. ‘pendidikan yang tertinggi tidak hanya membekalkan kita dengan maklumat tetapi menjadikan kehidupan kita berharmoni dengan segala yang wujud’. Bincangkan secara kritis.
Bincangkan dengan menggunakan perkataan sendiri maksud pernyataan berkenaan. (Elakkan mengguna perkataan dan frasa daripada bahan pembelajaran – Markah akan ditolak jika anda menyalin sepertimana terdapat dalam bahan pembelajaran atau sumber-sumber lain seperti blog, laman web dan sebagainya)
         Rabindranath Tagore ,dilahirkan pada 7 Mei 1861 di Calcutta, India. Dalam pendidikan beliau telah melahirkan beberapa idea. Antara idea beliau yang menarik perhatian pengkaji-pengkaji falsafah ialah ‘Pendidikan yang tertinggi hanya membekalkan kita dengan maklumat tetapi   menjadikan kehidupan kehidupan kita berharmoni dengan segala yang wujud’.
Pada pandangan saya, pokok pangkalnya idea ini menjelaskan bahawa, untuk hidup kita perlu teori dan praktikal. Apabila saya mengkaji idea yang diutarakan oleh Tagore, jelas sekali ada maksud yang tersirat.
Pada pandangan saya beliau menyatakan walau macamana sekali pendidikan kita, tapi atas kertas atau berteori sahaja, belum tentu mencapai kejayaan. Ini dapat di ambil contoh pada Rabindrath Tagore sendiri. Beliau banyak mencari ilmu. Dari ilmu beliau merantau untuk membuat kajian atau amali.Seterusnya beliau sendiri mengasaskan beberapa buah institusi atau sekolah bagi merealisasikan pengalaman hidup  beliau.
               Manusia suka mengejar apa yang dicitakan. Ini melalui wawasan yang ada pada seseorang itu. Kalau seorang itu berwawasan untuk menjadi kaya, dia perlu mengecapi cita-cita tersebut hingga berjaya. Begitu juga dalam bidang keilmuan. Mereka beruasaha untuk mencapai setinggi pencapaian. Namun begitu dalam menerokai bidang keilmuan setinggi langit sekali pun, apa yang matlamat kita. Kepuasan? Keegoan atau dipandang tinggi boleh berfalsafah? Kaya dan sebagainya? Namun kehidupan  belum  boleh lagi mencapai keharmonian andai kita tidak berinteraksi dengan keilmuan. Pepatah Islam selalu menyebut ilmu dan amal asas keimanan. Melalui keilmuan dan pengamalan yang yang istiqamah akan merangsang diri seseorang manusia menjadi berguna. Jadi dalam mendidik, kita perlu memberikan pelbagai
13
pengetahuan kepada anak murid kita seteruysnya kita mengajar mereka melalui beberapa praktikal barulah ujud keseimbangan dan harmonis.
               Kesimpulannya pemikiran Tagore adalah sesuai untuk pendidik bagi mendidik anak didik menjadi manusia yang seimbang, harmonis dan sebagainya. Contoh penekanan yang diajar dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah banyak penilaian yang bersifat didik hibur dan penilaian berasaskan bagi mengukur pencapaian individu secara kritis.
1.      Menurut Al-Farabi ‘manusia yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain’. Bincangkan secara kritis.
Soalan :Kaitkan pernyataan yang dibuat oleh sesorang ahli falsafah dengan sistem pendidikan di Malaysia. Berikan contoh-contoh spesifik.

                        Sistem pendidikan di Malaysia memang tidak bertentangan dengan pandangan Al-Farabi ini dapat dirujuk kepada Akta Pendidikan 1996(AKTA 550) Dimana dalam petikan Akta tersebut disebut begini:
       “Suatu Akta  untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. (31 Disember 1997)”
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa:
DAN DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu,kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik:
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu
14
sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
 bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan  kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara:
 DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah,untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:
 MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: (rujuk akta Pendidikan 1996)
            Pemikiran yang diutarakan oleh Al Farabi memang ditunjukan jelas dalam perenggan kedua petikan AKTA 550 itu.Ini menunjukan bahawa system pendidikan di Malaysia memang berteraskan kepada ilmu  dan keseimbangan dan keseimbangan nilai.
      Sebab itulah bila kita meneliti kandungan setiap mata pelajaran yang diajarkan di sekolah      
15
rendah di Malaysia mesti memasukan nilai-nilai yang diperoleh dalam objektif pengajaran dan pembelajaran(PdP)mereka. Contoh petikan objektif Sekolah Rendah KBSR :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:
i.                    Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati  pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii.                  Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalampelbagai situasi;
iii.                Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv.                Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuanmenggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v.                  Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
vi.                Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii.              Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii.            Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca,dan menulis;
ix.                Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
x.                  Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.
Kesimpulannya, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2015 juga disebut Para 3 iaitu  Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai di mana ditafsirkan nilai-nilai tersebut mempunyai persamaan seperti Al-Farabi.

16

2.      Menurut John Locke, ‘minda adalah suatu tabula rasa’. Bincangkan secara  kritis.
 Kaitkan pernyataan yang dibuat oleh sesorang ahli falsafah dengan sistem pendidikan di Malaysia. Berikan contoh-contoh spesifik.
John Locke, Minda adalah suatu tabula rasa, beerti minda dianggap sebagai kertas kosong, itulah apa yang digambarkan di dalam konsep tabula rasa. Kertas itu nantinya aka diisi dengan segala hal dan menjadikannya berwarna. Tabula rasa ini juga telah mempunyai pengaruh di dalam dunia pendidikan di Malaysia. Terkadang dalam suatu
pembelajaran, pelajar diibaratkan dengan kertas putih dengan pemahaman yang masih kosong, dan kemudian guru bertugas untuk mengisinya dengan bahan-bahan yang akan membuat lembaran kosong itu terisi dengan bahan-bahan yang diberikan guru. Pengetahuan yang dimiliki pelajar bergantung dari apa yang diberikan guru. Hal yang diberikan guru akan menjadi pengalaman yang berguna bagi pelajar dan akan digunakan kembali dalam membentuk pengetahuan yang akan datang.
Dalam Falsafah Pendidikan Negara“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan  kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”:
Justeru tabula mempunyai  kaitannya dengan pengalaman, dan menurut analisis penulis, pengalaman juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan pengetahuan manusia yang berketrampilan . Seorang murid  juga boleh menggunakan pengalaman belajarnya yang lalu untuk mengembangkan pemikirannya yang baru. Dengan belajar, pelajar akan memperoleh pengalaman berharga tentang apa yang telah dipelajari. Namun belum tentu juga dengan pembelajaran yang telah dilakukan, pelajar akan mempunyai pengalaman yang berharga. Pengalaman pelajar akan terbentuk jika
17
pembelajaran itu bermakna baginya dan berkesan sehingga tidak akan mudah untuk dilupakan.
Guru sebagai fasilitator dan model dalam pembelajaran, guru dapat memberikan kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membentuk pengetahuannya. Guru dapat menganjurkan model pembelajaran yang sesuai, yang boleh memberikan pengalaman belajar bagi pelajar dan berkemampuan pelajar untuk melakukannya. Dalam hal ini, guru boleh menggunakan pendekatan inkuiri (penemuan) dimana dengan mencari,
akan bertahan lama di dalam fikiran pelajar. Pengalaman yang dia alami di pembelajaran ini akan diingatnya terus dan digunakan sebagai bekal dalam memahami perkara lain yang berkaitan.
 Jika pembelajaran yang dilakukan dan dialami tidak memberikan manfaat dan pengalaman yang baik, maka  pembelajaran yang dilakukan tidak mencapai objektifnya .Ini dapat dilihat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah di Malaysia;berdasarkan Ebbut dan Straker dalam (Marsigit, 2011), matematik adalah sebuah kegiatan yang hakekatnya dapat dijelaskan sebagai berikut:

1.      Matematik adalah kegiatan carian pola dan hubungan.
Dalam hal ini, pengalaman memainkan  peranan penting dalam membantu pelajar menentukan dan mencari adanya pola yang terjadi. Ilmu yang telah diperolehi di masa lampau dapat dijadikan sebagai dasar dalam memahami perkara  yang akan datang.

2.    Matematik adalah kreativiti  yang memerlukan imaginasi, inkuiri, dan penemuan.
Imaginasi, inkuiri, dan penemuan merupakan hal-hal yang digunakan dalam menghadapi matematik. Dalam hal ini, guru diharapkan dapat mendorong inisiatif  dan juga mendorong rasa ingin tahu. Menyelesaikan soal matematik juga memerlukan intuisi. Intuisi diperlukan untuk mengetahui langkah apa yang kira-kita tepat digunakan untuk menyelesaikan soal tersebut. menurut analisis penulis, intuisi yang kita punya dapat memberikan penilaian apakah proses yang kita lakukan sudah tepat atau belum. Intuisi tidak mempunyai panduan, maka kita tidak tahu bila bermulanya susunan intuisi dalam fikiran kita.
18
3.     Matematik adalah penyelesaian masalah
Matematik adalah aktiviti penyelesaian masalah . Dengan demikian, hal ini dapat dilakukan dengan merangsang pelajar untuk melakukan penyelesaian masalah matematik dengan menggunakan caranya sendiri dan tentunya dengan menggunakan bantuan dari guru.
4.     Matematik merupakan alat komunikasi.
Matematik adalah alat komunikasi dan pandangan ini dapat dilakukan dengan mengenal
sifat matematik, menggalakkan pelajar membuat contoh matematik, merangsang pelajar menjelaskan sifat matematik, dan juga mendorong pelajar membicarakan persoalan matematik.
Dengan demikian, pembelajaran matematik dengan aktiviti penbelajaran yang berpusat pada siswa (student centered).Begitulah juga pelajaran-pelajaran yang lain banyak mengambil pemikiran John Locke sebagai panduan.

Kesimpulannya Tabula Rasa dapat dipenuhi melalui kanak-kanak membina karakter, personaliti, kelakuan dan menjadi pandai hasil daripada pemupukan. Dalam kata lain pendidikan di Malaysia , memberi tafsiran  bahawa kecerdikan dan personaliti bukan takdir atau kebetulan, tetapi lahir melalui sistem pemupukan yang baik dan dilengkapi dengan persekitaran yang memberi ruang kepada pengalaman, penyiasatan, soalan dan penaakulan mantik .Apa yang diutarakan oleh  John Locke terpulang kepada kita untuk membuat penafisran samada ada kaitan dengan  pendidikan di Malaysia.







19
3 .Menurut Tagore. ‘pendidikan yang tertinggi tidak hanya membekalkan kita dengan maklumat tetapi menjadikan kehidupan kita berharmoni dengan segala yang wujud’. .
Kaitkan pernyataan yang dibuat oleh sesorang ahli falsafah dengan sistem pendidikan di Malaysia. Berikan contoh-contoh spesifik.
   Falsafah pendidikan Timur digubal berkonsepkan pencapaian kebijaksanaan,mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan juga memenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomi.
Di dalam falsafah pendidikan di Negara kita, aspek emosi, intelek dan jasmani yang mana kebijaksanaan dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang baik, seni, drama dan tarian dan pendidikan diberi keutamaan.
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, unsur ini ada diterapkan yang mana para pelajar diajar mata pelajaran yang tidak teras seperti muzik serta seni untuk menjadikan pelajar seimbang dari segi emosi (Mok Soon Sang, 2009).Di Negara ini, pendidikan diberikan kepada semua orang tidak kiralah mereka orang yang berupaya atau kurang berupaya.Rabindranath Tagore yang merupakan seorang ahli falsafah dan penyair dari India pula mentafsirkan pendidikan sebagai proses melahirkan manusia yang berfikiran sempurna(tertinggi), berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna.Maka untuk mencapai aspek tersebut perlu ada penyerapan nilai dan sebagainya. Disamping juga adanya aspek gabung jalin dalam setiap matapelajaran atau ilmu yang diajar. Apa yang kita maksung saling berkaitan dan kesinambungan akan melahirkan satu kehidupan yang penuh harmoni dan kritis . Dalam FPK, terdapat elemen yang jelas menyebutkan mengenai tafsiran Rabindranath Tagore iaitu :
“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.”

Selain itu, sumbangan Falsafah Pendidikan Timur terhadap FPK ialah mengenai penghasilan rakyat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawa kerana ini terdapat dalam
20
Falsafah Pendidikan Rabindranath Tagore yang menyebutkan bahawa pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan bertujuan untuk membolehkan individu hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-baik dan menghormati di antara satu sama lain (Mok Soon Sang,2010).
   Kesimpulannya,Pemikiran Rabinadranath Tagore memang mempunyai elemen dalam falsafah pendidikan Malaysia.

Beberapa rumusan boleh diambil dari ketiga-tiga falsafah yang dibincangkan oleh ketiga –tiga ahli pemikir tersebut.
Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik. Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.
Gambarajah :Huraian dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan Yang Mempunyai Hubungkait dengan Al Farabi.




21
            Merujuk kepada ahli Pemikir Islam Al-Farabi, adakalanya  beliau sependapat dengan ajaran Confucius dalam satu satu bidang .Adakalanya  merujuk kepada ahli falsafah Yunani iaitu Plato  dan falsafah barat yang lain tetapi beliau banyak membuat perbandingan.Sudah tentu sebagai seorang Islam, berpegang teguh kepada Islam, mempunyai tasawwur Islam yang jelas, pandangannya selalu berpaksi kepada alquran. Banyak pengkaji Islam mengatakan beliau seorang yang kuat berpegang kepada tasauf, beliau sorang yang zuhud tetapi bukan ahli sufi.
 Kata-katanya dan pengasilan menjadi rujukan. Disamping itu juga pandangan beliau walaupun bersifat teori mantik, namun bila dirujuk kepada Al-quran memang ada kaitan. Sudah tentulah Al Farabi banyak mwenjadi bahan panduan kepada pengkaji dan juga ahli-ahli akedemik dan ilmuan islam atau bukan islam hingga sekarang.
Bagi John Locke pula, sebagai seorang yang berfahaman liberal dan bermazhab Empirisme British ,Kontrak Sosial dan Hukum Alam  tentu ada kala pandangan dan pendapatnya berbentuk liberal dan melawani arus ketuhanan .Namun begitu berdasarkan logik, beliau dapat menyakinkan pemikirannnya kepada pengikutnya.
22

Hasil kerja beliau telah memberi kesan yang besar kepada pembangunan epistemologi dan falsafah politik . Idenya  dipengaruhi Voltaire dan Rousseau , banyak Pencerahan Scotland pemikir, serta revolusioner Amerika . Sumbangan beliau kepada republik klasik dan teori liberal ini ditunjukkan dalam Amerika Syarikat Perisytiharan Kemerdekaan.
Gambarajah di bawah Tafsiran Falsafah Pendidikan Negara  :sesuaikah dengan pandanganJohn Locke .
Locke yang menganut kristian melahirkan teori fikiran sering disebut sebagai asal-usul konsep moden identiti dan diri, memikirkan penting dalam kerja-kerja ahli-ahli falsafah kemudian seperti Hume, Rousseau dan Kant. Locke adalah yang pertama untuk menentukan sendiri melalui kesinambungan kesedaran. Beliau mengandaikan bahawa minda adalah kertas  kosong atau tabula rasa. Beliau menegaskan bahawa kita dilahirkan tanpa idea semula jadi, dan bahawa pengetahuan sebaliknya ditentukan hanya oleh pengalaman yang diperolehi daripada rasa persepsi. Dalam konteks pendidikan terpulanglah kepada ibu bapa dan guru untuk member pendidikan yang sewajarnya. Dengan kata lain para ibu bapa dan guru perlu mencernakan nilai yang baik dan manfaat akan melahirkan watak yang baik dan harmonis.Jika dibuat perbandingan pemikiran John
23
Locke berbeza dengan Al-Farabi terutama dari segi ketuhanan .John Locke bersifat liberalism sementara Al Farabi sangat zuhud kepada ketuhanan.
Sementara Tagore (1861-1941) merupakan orang Asia pertama yang mendapat hadiah Nobel dalam bidang sastera (1913). Belia adalah seorang Brahmo Samaj, penyair, penulis drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik dan sasterawan berbangsa Bengali. Ahli falsafah dan penyair terkenal dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bermatlamat untuk menghasilkan individu dengan penaakulan sempurna yang berupaya mencapai semua aspek,termasuk fizikal,intelek,moral dan rohani serta yang ada hubung kait dengan pengalaman hidup amali.Dalam pemikiran beliau boleh disesuaikan dengan sebahagian Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita seperti rajah di bawah :
Pendidikan nasionalisme harus bermatlamat untuk menyemai ideal dan tradisi sesebuah Negara. Selain itu, pendidikan harus berdasarkan pengetahuan    sejarah, geografi, kesusasteraan, situasi sebenar dan tuntutan negara pada masa itu yang termasuk masalah nasional,pencapaian,kegagalan dan kejayaan. Pendidikan internasionalisme harus
24
 cuba memupuk hubungan baik, persaudaraan,harmoni,dan keamanan antara negara di dunia. Justeru pendidikan harus berdasarkan pengetahuan sebenar dan harus ada hubungan langsung dengan budaya dan tradisi rakyat negara lain.
Kesimpulanya, Falsafah Pendidikan Negara dilihat mempunyai objektif nya tersendiri seperti yang digariskan dalam AKTA PENDIDIKAN 1996(AKTA 550). Iaitu hendak melahirkan  rajah seperti di bawah:
Disamping pendidikan Di Malaysia juga telah ditransformasikan lagi dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025(PPPM) ;11 Anjakan. (lihat lampiran)
Dari Falsafah Pendidikan Malaysia dan 11 Anjakan ini, kesemuanya merujuk kepada fahaman yang dibawa oleh Tokoh Falsafah seperti Al-Farabi, John Locke dan Tagore. Cuma perkara ini diolah mengikut kesesuaian peradaban dan nilai-nilai ketimuran, keagamaan negara bangsa kita sahaja.
.
25




Rujukan
Daripada Online Jurnal
Kertas Pembentangan Nordin Tahir, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Ipoh http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU

   Daripada Buku
1.Azizi Yahya ,Asmah Suboh .Zurihami Zakariya.Fawziah Yahya(2006)Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan .PTS Publication & Distributors SDn BHd  1.April 2005 .ms 254) 
2.Buku gagasan agung: sebuah leksikon pemikiran barat By Mortimer J.Adler ,Shamsiah Mohd Said(Translator) 1064 muka surat.Publihsed 2007,Institut Terjemahan Negara Malaysia
3.Mok, Soon Sang. Pendidikan di Malaysia: mengikut sukatan baru,1988 / Mok Song Sang,Lee
Shok Mee. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman, 1988.
Persembahan Power Point:
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:FALSAFAH DAN DASAR.
TAJUK :    KURIKULUM SEBAGAI WAHANA PENTERJEMAHAN    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
                   Pensyarah:TN HAJI MOHD NOR BIN IHKASAN,Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.Johor   Baharu 2011