Cabaran-Cabaran Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
Cara-Cara Mengtasainya
·
Tumpukan
esei anda kepada aspek-aspek berikut sahaja:
o
Pelaksanaan
Dokumen standard prestasi
o
Pelaksanaan
Eviden
o
Pelaksanaan
konsep ‘Band’ dalam bilik darjah
Pendahuluan
Gambarajah dibawah :Gambaran 1
kedudukan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan berlaku nanti pada
2016.
Gambarajah 1
Pada tahun 2011
kerajaan telah memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai sekolah
rendah murid Tahun Satu (2011) dan Tingkatan 1 pada tahun 2012 Pengenalan
ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang di aspirasikan dalam
falsafah pendidikan kebangsaan.
Pengenalan sistem ini bertujuan
menjadikan sistem pendidikan kita lebih
banyak terarah kepada sistem pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan dan dilihat sebenarnya terlalu mengiktiraf
pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum
serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan juga pelajar berkenaan. Tekanan
ke atas guru- guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus
kepada produk akhirnya dan bukannya kepada proses pembelajaran.
Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:
·
mendapatkan gambaran secara
keseluruhan tentang potensi individu
· memantau pertumbuhan dan membantu
meningkatkan potensi individu
·
membuat pelaporan bermakna
tentang pembelajaran individu
Dengan diperkenalkan PBS ia memfokuskan pentaksiran dalam bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS
merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri
daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik
terdiri daripada :
- Pentaksiran Sekolah (PS)
- Pentaksiran Pusat (PP)
Sementara kategori
bukan akademik terdiri daripada :
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Soalnya beberapa masalah telah di kenalpasti
berdasarkan sistem PBS terutamanya di sekolah
rendah . Antara ialah :
- Masalah capaian internet sangat lemah (pedalaman)
- Penyediaan evidens/instrumen Pentaksiran.
- Terlalu banyak masa dihabiskan untuk PBS sehingga proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) dan tugas lain terabai.
- Masalah Pengurusan Fail – eviden terlalu banyak dan penyimpanan fail.
Namun dirasakan beberapa pendekatan
bersepadu antara kementerian pelajaran,guru-guru dan juga pentadbiran dapat diselesaikan dengan
sebaik-baiknya.Maka perkara ini akan berjalan dengan memakan masa yang agak
panjang. Kita tidak mahu PBS seperti
Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) berkubur
begitu sahaja. Isunya kita perlu pertahankan agar menjadi satu sistem yang amat
baik pada masa kini.Namun begitu beberapa cabaran perlu kita hadapi dalam
menangani PBS ini anatara cabaran umum
dan penyelesaiannya seperti gambarah 2
di bawah:
Gambarajah 2: Cabaran Umum Kejayaan PBSdan penyelesaian
Selain itu cabaran yang akan
dibincangkan di sini ialah :
- Pelaksanaan Dokumen standard prestasi
- Pelaksanaan Eviden
- Pelaksanaan konsep ‘Band’ dalam bilik darjah
Pelaksanaan Dokumen
standard prestasi
Dokumen Standard
Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina
sebagai panduan untuk guru menambahbaik pentaksiran sekolah sejajar dengan
pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Ini dapat dirujuk dari gamabarajah 3 di bawah:
Gambarajah 3: Hubung Kait Standard Prestasi dengan PBS.
Pentaksiran Rujukan
Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap -tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.Adalah
diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada
guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang
pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,intelek
dan sosial.Maka Rujukan Standard merupakan hasil dari realisasinya Standard
Prestasi
KEPERLUAN STANDARD PRESTASI:
•
Satu
penyataan menerangkan tahap penguasaan murid dalam satu mata pelajaran
•
Murid
ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) dalam DSP.
•
Sebagai
rujukan menentukan aktiviti pentaksiran yang adil dan berfokus.
•
Sebagai
sumber rujukan semua pihak tentang matlamat sistem pendidikan terkini.
Murid tahu dengan jelas:
•
Apa yang
perlu dikuasai
•
Apa yang
dicapai
•
Apa yang
ditaksir
•
Apa
kualiti yang diharapkan
Guru tahu :
•
Matlamat
yang akan dicapai
•
Apa yang
ditaksir
•
Apa
kualiti yang harus ada pada setiap murid
Ibu bapa tahu:
•
Apa yang
telah murid kuasai
Pihak berkepentingan tahu:
•
Matlamat
kurikulum
•
Kualiti
murid
Cabaran ialah bertambahnya penyediaan guru
dalam membina rancangan pengajaran.
.Sebab itulah rekod persediaan mengajar guru bukan lagi dinamakan
ringkasan mengajar.
Justeru seandainya katakan guru itu mengajar banyak matapelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah,maka rancangan persediaan mengajarnya memakan
banyak helaian kertas.Disamping itu juga penyediaan ini perlu meliputi setiap kumpulan murid
cemerlang,sederhana dan lemah.Dengan persediaan ini rekod pengajaran yang panjang ini seolah-olah
mencabar seseorang guru dari segi penggunaan masa untuk memasukkan
perkara-perkara berikut dalam strategi pengajaran dan pembelajaran:
1.Tema 2. Tajuk 3.Fokus utama –standard kandungan ,standard
pembelajaran 4.Fokus Sampingan-standard kandungan,standard pembelajaran 5.Objektif
6.Pengisian Kurikulum 7.Sistem Bahasa 8.Media dan akhir sekali refleksi.
Dengan Aktiviti yang perlu disediakan
langkah –demi langkah dirasakan memberi cabaran kepada guru untuk
melaksanakanya. Namun begitu seandainya guru mempunyai profesionalisme yang
tinggi, insyaAllah semua ini akan dapat di atasi dengan sebaik mungkin.Antaranya
penyediaan bahan menggunakan panduan
dari internet .Disamping menggunakan teknologi
maklumat yang sedia ada seperti komputer, guru dapat membuat persediaan dengan
cepat .Guru juga perlu ada kumpulan perbincangan agar sesuatu bahan dapat
dikongsi bersama ,maka ini dapat
memendekkan dari segi masa.Bahan-bahan yang disediakan hendaklah
disimpan agar dapat digunakan berulang-ulang dengan membuat penambahbaikan seperti
kata pepatah alah bisa tegal
biasa.Tetapi janganlah menjadikan penyediaan rancangan harian seperti “cut and
paste” untuk hari-hari berikutnya. Maka pemantauan dari pentadbir dan
intergriti seseorang adalah menjadi peranan yang penting.
Kesimpulannya cabaran dalam standard prestasi adalah seperti
berikut:
•
Penerangan generik tahap pertumbuhan
pembelajaran murid
•
Tentang apa yang murid patut tahu dan boleh
buat pada suatu ketika tertentu semasa proses pembelajaran dan di akhir unit
pembelajaran
•
Setiap band menunjukkan pertumbuhan murid dalam
pembelajaran dan pertumbuhan ini diterangkan dengan deskriptor dan evidens
•
Standard yang boleh ditaksir dan dicapai
•
Pertumbuhan secara menegak dan mengufuk
Pelaksanaan Evidens
Apakah Avidens
.Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens
murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan
boleh buat secara lisan atau perlakuan.Evidens bahan merujuk kepada apa -apa
bukti produk atau proses seperti foto,grafik, artifak, laporan dan lain -lain
yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Eviden itu boleh di bina 1. 2 , 3 atau
lebih bagi satu-satu band itu.
Contoh eviden 1 : Murid di minta menunjukkan
huruf jawi yang di sebut oleh guru .
( bentuk lisan )Contoh eviden 2 :
Murid boleh warna huruf yang di sebut oleh guru. ( lembaran kerja)
Di manakah evidens disimpan?
Evidens bahan hendaklah disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM)
dan Fail Showcase (FS).
Gambarajah 4:Evidens
Sebagai guru memanglah cabaran menyediakan evidens tersebut
mempunyai masalah dan kekangan . .Ini adalah kerana setiap evidens akan
digunakan bagi menguji pencapaian penguasaan murid dalam sesuatu band.Jika
hendak menguji beberapa kemahiran ,maka banyak eviden terpaksa
disediakan,terutamnya dalam pendidikan seni visual. Justeru itu adakalanya
evidens yang digunakan tidak mencapai piawaian berdasarkan kesebokan masa guru
dan juga penyediaan yang agak terhad.Keberangkalian guru sebagai pentaksir
gagal membuat eviden dan membuat anggaran sahaja untuk memberi band.Disamping ada juga
10
guru tidak menyediakan eviden yang setepatnya samada dengan
menciplak dari buku-buku di pasaran atau sebagainya..Tanpa membuat justifikasi
ini, akan membuat murid tidak dapat mencapai band yang sebenarnya.Ini
menimbulkan ketidak selarian dengan penguasaan murid apabila bertukar
pentaksir. Penggunaan kertas lembaran yang banyak mungkin diperlukan untuk membuat pengujian kepada murid.
Langkah bagi mengatasi
masalah ini ialah,pihak pentadbir perlu memantau pelaksanaan evidens dengan
merujuk fail murid. Disamping itu juga pemantau mesti merujuk kepada rekod persediaan mengajar guru samada evidens
yang disediakan itu menepati apa yang terkandung dalam rekodnya.
Guru juga perlu
berbincang dengan rakan sejawatnya dalam mendapatkan
evidens-evidens.Panatia-panatia matapelajaran perlu berbincang dalam
menyediakan evidens dan disimpan dalam
kaedah tertentu, agar ia menjadi rujukan utama dalam penggunaan seterusnya.
Dengan kemudahan
teknologi maklumat, guru-guru boleh mengambil eviden yang bersuaian dengan band
yang hendak diuji dari blog atau facebook untuk dibuat penambahbaikan.Maka ini
semua atas kebijaksaan guru, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Pelaksanaan konsep ‘Band’
dalam bilik darjah(gambarajah 4)
Lembaga
Peperiksaan Malaysia(LPM) telah menggubal standard prestasi “6 band”
Gambarajah 4,Sumber :Institut Aminudin
Baki,Jitra.
11
Pentaksiran
adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai
perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil
pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Band ialah satu label
yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara
hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.(rujuk gambarajah 4).
Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan
lagi sebagai skor mentah seperti
peratus(%) atau pun gred A,B,C,D
Gambarajah 5: Gambaran tentang band secara praktikal
12
Ganbarajah
5 Gambaran Band 1 hingga 6
Huraian : contoh di Band 1, murid tahu perkara
asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap
perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka
1,2,3 .
Dalam
membincang soal band ,band asas iaitu
Band 1 hingga Band 3, kebanyakan murid dapat mencapaikan dengan mudah. Band 4
hingga Band 6 merupakan tahap pencapaian yang lebih tinggi dan kemungkinan ada
murid yang tidak dapat menguasainya. Band 4 (Tahu, Faham, dan boleh buat
dengan beradab), Band 5 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji),
Band 6 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali). Apabila Band semakin
meningkat, kriterianya semakin bertambah sukar untuk dicapai. Sebagai seorang
murid, cuba kita bayangkan kedudukan
diri kita sendiri. Kita mungkin boleh Tahu, boleh Faham dan boleh
Buat. Tetapi cuba bayangkan kekuatan maksud Beradab, Beradab Terpuji dan Beradab Mithali. Adakah
kita mampu mencapainya? Istilah inilah
yang membezakan pencapaian antara Band 4 hingga Band 6.
Sebagai
cabaran terdapat dalam kalangan ibu bapa
yang masih kurang jelas lagi dengan perkara ini. Ibu bapa masih
mempertikaikan keputusan yang diberikan oleh guru-guru, sehingga timbul
soalan ” Mengapa anak saya tak dapat band 6″? “Mengapa anak saya dapat band 3
saja”? “Mengapa anak saya subjek Matematik
dapat band 6 tapi subjek Pendidikan
13
Jasmani dapat band 3′?Bagaimana anak saya akan
menyambung pelajaran ke sekolah Berasrama Penuh ? sebagai contoh.
Dari segi pelaksanaannya juga,kadang-kala guru kita
suka ‘tangkap muat’ bila memberi markah.Kemungkinan kesuntukan masa ,kerja
disaat-saat akhir atau sebagainya. Kes ini bila menjadi rungutan,menghendaki
semua pihak sentiasa memantau sepanjang masa bukan berkala.
Kesimpulannya PBS
merupakan satu anjakan baru dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ia akan
mengukur kemajuan Negara Malaysia agar setaraf dengan Negara maju bila mencapai
tahun 2020.Maka sebagai seorang guru sudah tentu kita perlu menjawabnya secara
professional dengan bukti-bukti yang jelas.Kita perlu member pemahaman baik
kepada murid dan juga waris akan istilah band ini agar ianya menjadi satu bahan
mengukur anak-anak dengan lebih realistik.Penafsiran secara mantap mengikut
yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran akan meyakinkan semua pihak agar
perlaksanaannya dapat dijalankan dengan penuh intergriti.Gambaran seperti
membina sebuah rumah yang lengkap(band 6)keberangkalian dapat memberi kefahaman
sedikit sebanyak.
14
BAHAGIAN B
Tujuan tugasan ini ialah menguji
kebolehan anda menggunakan Kaedah Analitik dan Kaedah Menyeluruh (atau Global atau Impresionsitik) dalam
pemeriksaan esei.
1.
Latar belakang Esei (3 markah) - 1 halaman
o
Matlamat
esei / Apakah yang diuji?
o
Tahap
hasil pembelajaran yang diukur.
Matlamat ujian ini adalah untuk menguji sejauh mana penguasaan murid
dalam karangan yang diberi.Penguasaan yang dimaksud ialah berkaitan karangan
berbentuk cerita semula atau boleh dikatakan berbentuk fakta atau urutan
peristiwa.
Selain
dari itu pengujian ini dijalankan untuk mengetahui sejauhmana murid dapat
menguasai pengalaman baru yang dihadapi oleh mereka.Ini adalah kerana Sekolah
saya baru saja menyambut Hari Guru 2013. Pelbagai aktiviti Hari Guru Peringkat
Sekolah telah berlangsung. Justeru murid diminta untuk menterjemah semula dalam
bentuk karangan berkaitan perayaan tersebut.
Pengujian
ini adalah untuk memberi latihan agar murid dapat mengingati kembali peristiwa
yang berlaku langkah demi langkah.Ini adalah kerana murid yang dipilih telah
mempunyai pengalaman yang sedia ada atau benar-benar telah melalui peristiwa
tersebut.
Langkah
yang dibuat ini agar murid dapat mengingat semula akan peristiwa yang dilalui
,kalau tidak seratus peratus pun hampir lima puluh peratus daya ingatan adalah
memadai.Murid juga di galakkan untuk menambah reka cerita mereka .Ini bertujuan
memberi pendedahan murid dalam menyampaikan penulisan mereka dalam pelbagai
gaya,ilmiah dan gramatis.
Selain
itu , isi yang dihasilkan oleh murid juga dapat diimplimentasikan dalam karangan
yang berformat lain. Contoh karangan berformat lain seperti Laporan,Catatan
Harian,surat kiriman Tidak Rasmi dan sebagainya
Tahap hasil pembelajaran yang
diukur merujuk kemahiran murid dalam tahun
enam iaitu .karangan yang berbentuk naratif.Karangan
ini dipilih sebagai asas atau para format dalam membina karangan secara format
khusus. Setelah murid mudah membuat gaya penceritaan bebas ,murid yang
sederhana dan lemah agak bebas menyampaikan esei mereka.Ini adalah kerana
seandainya guru meletakkan format verita,catatan harian,laporan dan sebagainya
, murid tidak dapat menghasilkan ide-ide yang kreatif dalam karangan mereka .Setelah
guru berpuashati dengan langkah umum dalam penulisan murid,guru bolehlah mengkelasifikasikan tajuk
ini sebagai satu laporan,surat kiriman,catatan rasmi dan sebagainya.Di sini
guru sekali lagi membimbing murid dari pelbagai kategori untuk membina karangan
mereka berdasarkan format yang diberi.Ini berdasarkan karangan murid setelah
disemak kali pertama dari segi cerita atau isi
,penggunaan perbendaharaan kata,unsur gramatis dan sebagainya
Secara umumnya karangan ini adalah
berobjektif menghuraikan isi utama dengan isi-isi sampingan yang
sesuai.Strateginya ialah mencari dan mencatat isi-isi penting dan menguraikan
kembali.
15
Latarbelakang
Teknik penyoalan ujian berbentuk
subjektif ,khususnya karangan penulisan,merupakan alat pengukuran yang berkesan
jika peraturan member markah (skema) yang sesuai.Kemudian pemriksa yang cekap
dan ada penyelarasan antara pemeriksa.Ketelusan member markah mestilah
melibatkan lebih dari seorang iaitu ada penyelarasan antara pemeriksa.
Peraturan Memberi Markah
Sebelum kita
memeriksa karangan, kita perlulah menyediakan peraturan member markah iaitu
skema.Bagi ujian sumatif seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Skema
telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.Umumnya ada dua teknik dalam
membina skema iaitu teknik global.Teknik ini meliputi impresif,holistic atau
tanggapan.dan satu lagi teknik analisis(perincian)Abdul Aziz (1993:155).Kaedah
analisis juga dapat panggil kaedah teknik elektrik atau analitik.
Prosedur Pentadbiran Ujian
Ujian ini
dijalankan seperti pelajar menduduki ujian sebenar. Seramai 25 orang calon dari 126 orang telah dipilih mengikut kumpulan
masing-masing.Kumpulan itu ialah dari kumpulan cemerlang,sederhana dan
lemah.Ujian ini diadakan dibilik khas dengan dikawal selia oleh dua orang
pengawas.Masa yang diberikan adalah selama empat puluh minit(40 minit).
Murid diberi pilihan untuk menjawab
satu soalan sahaja.Ketua Pengawas yang dilantik telah menjalankan tugas sebagai
pengawas peperiksaan.Setelah siap murid menjawab,kertas soalan dikumpul dan
diserahkan kepada saya .Seterusnya saya membuat satu salinan lagi untuk disemak
oleh dua orang guru Bahasa Malaysia.Mereka telah mengajar dan memeriksa kertas
UPSR hampir 10 tahun.Seorang diberi tugasan untuk memeriksa dengan memakai
kaedah holistik dan seorang lagi menggunakan analitik.
Panduan dan Cara Memeriksa Kertas (Teknik Global
/holistic)
1.Pemeriksaan
kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara
keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang
ditentukan.
2. Isi-isi yang
diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai
atau memberi markah.
Langkah-langkah Memeriksa Kertas
1. Pemeriksa)
hendaklah membaca semua ayat dalam
sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada
karangan tersebut.Kemudian anggarkan
tahap karangan tersebut. Pencapaian karangan itu akan disesuaikan berdasarkan
kriteria tertentu.
16
2. Guru mata
pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali
kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor
berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.
3. Karangan yang
tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan
tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau
terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.
4. Bagi karangan
yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format,
tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.
5. Bagi karangan yang
berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah.Tetapi
jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua
(2) markah daripada markah keseluruhan.
6. Penilaian
keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah
ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang
melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.
7.Markah akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid
mempersembahkan
isi minimum sebanyak
tiga (3) isi penting.
Isi karangan yang
dikuti dengan keterangan ,huraian , dan contoh juga akan diberi markah.
Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup ,
jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga mesti
tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Bagi keterangan yang lebih
terperinci, sila rujuk jadual penskoran yang telah disediakan di lampiran 1,2
dan 4
Cara ini amat subjektif , memerlukan
pemeriksa yang cukup mahir dan berkebolehan membaca karangan secara kritikal.Di
bawah cara pemeriksaan secara global atau holistik
(sila lihat
lampiran 1)
Panduan dan Cara Memeriksa Kertas:Pemarkahan secara
analisis atau analitik
Markah diberi berdasarkan kriteria
tertentu.Sekiranya jawapan calon mempunyai banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria
itu, maka tinggilah markahnya.Pemarkahannya sistematik dan kebolehpercayaannya
tinggi.Pemeriksa pula tidak semestinya pakar dalam bidang berkenaan .Teknik
pemarkahan ini sesuai untuk ujian pencapaian dan boleh juga digunakan untuk
ujian formatif kerana hasilnya dapat digunakan untuk tujuan diagnostik dan member maklumat kembali kepada
pelajar dan pengajar.
Perincian markah bagi pemeriksa kedua lazimnya digunakan seperti di lampiran 2 ,3 dan5
17
Gambarajah :
Jadual Analisis pemarkahan Pemeriksa Holistik dan Analitik
Bil
|
Nama Pelajar
(Angka Giliran)
|
Pemeriksa A
(Kaedah
Holistik)
Markah Penuh (100)
|
Pemeriksa B
(Kaedah
Analitik)
Markah Penuh(100)
|
Catatan
|
|
1
|
Kl 4004001
|
70(B)
|
60(B)
|
Beza +10
|
|
2
|
Kl 4004002
|
73(B)
|
70(B)
|
Beza+3
|
|
3
|
Kl 4004003
|
57(C)
|
70B)
|
Beza-13
|
|
4
|
Kl 4004004
|
60(B)
|
50(C)
|
Beza+10
|
|
5
|
Kl 4004005
|
77(B)
|
70(B)
|
Beza+7
|
|
6
|
Kl 4004006
|
77(B)
|
63(B)
|
Beza+14
|
|
7
|
Kl 4004007
|
57(C)
|
43(C)
|
Beza+14
|
|
8
|
Kl 4004008
|
77(B)
|
73(B)
|
Beza+4
|
|
9
|
Kl 4004009
|
80(A)
|
70(B)
|
Beza+17
|
|
10
|
Kl 4004010
|
43(C)
|
43(C)
|
Beza+0
|
|
11
|
Kl 4004011
|
53(C)
|
53 (C)
|
Beza-0
|
|
12
|
Kl 4004012
|
73(B)
|
60(B)
|
Beza+13
|
|
13
|
Kl 4004013
|
70(B)
|
67(B)
|
Beza+3
|
|
14
|
Kl 4004014
|
83(A)
|
73(B)
|
Beza+10
|
|
15
|
Kl 4004015
|
80(A)
|
83(A)
|
Beza-3
|
|
16
|
Kl 4004016
|
80(A)
|
53(C)
|
Beza+27
|
|
17
|
Kl 4004017
|
87(A)
|
77(B)
|
Beza+10
|
|
18
|
Kl 4004018
|
73(B)
|
57 (C)
|
Beza+16
|
|
19
|
Kl 4004019
|
80(A)
|
83(A)
|
Beza-3
|
|
20
|
Kl 4004020
|
60(B)
|
60(B)
|
Beza+0
|
|
21
|
Kl 4004021
|
77(B)
|
67(B)
|
Beza+10
|
|
22
|
Kl 4004022
|
77(B)
|
70(B)
|
Beza+7
|
|
23
|
Kl 4004023
|
83(A)
|
67(B)
|
Beza+23
|
|
24
|
Kl 4004024
|
87(A)
|
70(B)
|
Beza+17
|
|
25
|
Kl 4004025
|
67(B)
|
57(C)
|
Beza+10
|
ANALISIS
B
I
L
|
KRITERIA
|
Kaedah Holistik
|
Kaedah Analitik
|
CATATAN
|
||
|
|
|
|
|||
JUMLAH
|
%
|
JUMLAH
|
%
|
|||
1
|
Cemerlang A (80-100)
|
8 ORANG
|
32%
|
1 ORANG
|
4%
|
|
2
|
Baik B (60-79)
|
13 ORANG
|
52%
|
16 ORANG
|
64%
|
|
3
|
Sederhana C
(40-59)
|
4 ORANG
|
16%
|
8 ORANG
|
32%
|
|
4
|
Lemah D (20-39)
|
-
|
-
|
-
|
-
|
|
5
|
Sangat Lemah E (0- 19)
|
-
|
-
|
-
|
-
|
|
18
Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh kedua
pemeriksa, beberapa andaian telah dibuat analisis.
1.
Perbezaan markah atau gred
Adalah
dikenalpasti ,pemberian markah untuk calon yang diperiksa seperti berikut:
Pemeriksa
|
Bil Gred
A
|
Bil Gred
B
|
Bil Gred
C
|
Bil Gred
D
|
Bil Gred
E
|
Holistik
|
8 orang(32%)
|
13 orang(52%)
|
4 orang(16%)
|
-
|
|
Analitik
|
2 orang(4%)
|
15 orang(64%)
|
8 orang(32%)
|
-
|
|
Perhatian
: Kelas ini tiada murid pemulihan atau buta huruf .
Dari analisis yang
dibuat , kajian menunjukkan Bilangan Gred A untuk pemeriksa secara holistik
adalah lebih ramai dari kaedah analitik. Malah kaedaha secara holistik ini
mencapai hamper separuh dari calon yang diuji. Bagi pemeriksa berdasarkan kaedah
analitik untuk member gred cemeralang (A) agak sedikit.Sementara pemeriksa
analitik agak mudah untuk memberi markah berdasarkan gred sederhana dan lemah
serta sangat lemah(E).
Berdasarkan penelitian ,
hanya empat orang murid sahaja yang markahnya melebih cara pemeriksaan secara
holistik.Sementara tiga pelajar sahaja yang mendapat markah yang sama.Sementara
selebihnya menggunakan kaedah holistik adalah sebanyak lapan belas orang.Ini
menunjukkan ada perbezaan yang begitu ketara iaitu melebih 60% ,kaedah
pemeriksaan holistik boleh dianggar wajar.Pemeriksa holistik mempunyai pelbagai
sifat dan bebas untuk memberi markah mereka. Mereka merasa ‘empathy’ dalam
menilai seseorang itu.Namun begitu kalau berdasarkan analitik, pemeriksa
terlalu mengikut kepada angka atau nombor.Maka pengukuran seperti ini agak
tidak memberi keyakinan dan keselesaan
kepada calon dan pemeriksa.Bagi kaedah holistik mungkin timbul dalam rasa hati
mereka untuk memperbaiki ,atau peluang kali kedua untuk membaiki kesilapan
mereka.
Dari rujukan di
atas , hanya dua calon dari 8 calon yang dapat mengekalkan kecemerlangannya
apabila di periksa mengikut analitik.Sementara agak mudah calon untuk gagal
dalam kaedah analitik .Saya boleh menyatakan tahap pemeriksaan menunjukan :
Kaedah Analitik: pencapaian calon dengan
markah sederhana 60 sahaja
akan mendapat cemerlang(80) bila
diperiksa secara holistik.
Rumusan
dari kajian tadi pemeriksaan analisis untuk karangan sekolah rendah
memerlukan pemeriksaan yang teliti.Pemeriksa perlu membaca karangan terlebih
dahulu
atau berulang-ulang bagi mencari isi,kesalahan tatabahasa dan
sebagainya
19
Melalui kaedah ini memerlu masa yang banyak. Biasanya calon akan
diberi markah bulat. Adakalanya calon mendapat markah 79½ (B) akan dibulatkan
menjadi 80 (A) satu ketika menguntungkan calon atau kelebihan calon.Namun
begitu pembulatan itu agak kurang wajar.
Seandainya calon
memberi jawapan di luar jangkaan atau terpesong.Maksudnya murid tidak menjawab
seperti kehendak soalan.Lebih-lebih lagi bila dibuat penelitian murid mengarang
dengan sangat menarik, tulisan cantik dan tatabahasa semuanya tidak mengalami
kesilapan.Maka terpulanglah kepada pemeriksa untuk menentukan kebolehan
percayaan . Adakah kita tidak perlu menilai isi kerana terpesong atau menerima
kesemua tatabahasa sahaja. Kalau kita membuat penelitian sebegitu rupa agar
murid dapat juga markah atas kelalaian yang dilakukan oleh murid.Tetapi
mengikut pengalaman ,peringkat tertinggi yang dapat diberi dalam kes ini ialah
peringkat( D ) gagal.
Dalam
lain kemungkinan jawapan calon nampak baik atau cemerlang,tetapi tetapi
tatabahasa serta gaya penyampaianya agak tidak sempurna ,maka peringkat
tertinggi boleh di beri markah ialah Baik (B)
Kesimpulannya kecemerlangan
pencapaian keputusan peperiksaan amnya dan Kertas 012 -Bahasa Melayu khasnya
bagi sebuah sekolah mempunyai pertalian dengan kejayaan pelajarnya. Hakikat
yang tersirat hasil kajian mendapati kaedah dan teknik pengajaran mempengaruhi pencapaian pelajar terhadap
karangan Bahasa Melayu.
Selain
itu, teknik pemeriksaan yang tepat dan berkesan akan member keyakinan kepada
pelajar untuk menguasai kemahiran penulisan. Terdapat beberapa tahap kebolehpercayaan
pemeriksaan secara holistik karangan catatan dalam kalangan guru
Bahasa Melayu berdasarkan jantina, pengalaman dan kepakaran.Teknik
pemeriksaan holistik yang sesuai dan berkesan jika diamalkan dapat membantu
pelajar memperoleh pencapaian yang tinggi dalam karangan Kertas 012-Bahagian B,
Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati perbezaan jantina, pengalaman mengajar
dan memeriksa kertas karangan serta kepakaran dalam penandaan kertas
peperiksaan UPSR mempengaruhi kebolehpercayaan pemeriksaan holistik para guru tersebut. Maklumat tentang tahap kebolehpercayaan itu membantu guru
memberi bimbingan dan tunjuk ajar teknik menulis karangan yang berkesan dan
mencapai tahap kecemerlangan. Perkara ini penting, agar pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran ini meningkat dan pengajaran guru berkesan. Selain itu,
guru bahasa juga dapat memahami kecenderungan, kekuatan dan kelemahan sendiri
dalam pemarkahan yang diamalkan oleh mereka.
20
Pentadbiran dan pemeriksaan ujian ialah tahap yang sepatutnya tidak menimbulkan masalah apabila langkah -langkah,
strategi -strategi dan skema- skema telah disediakan terlebih dahulu. Guru
harus tahu gaya pembelajaran yang sesuai digunakan oleh muridnya yang berbeza
tahap pencapaian. Oleh itu, sesuatu kaedah pemeriksaan tidak semestinya terbaik
untuk semua murid, terutama dalam P&P karangan (Abu Bakar Nordin, 2008).
Kesimpulan
Pengkaji berpendapat bahawa guru -guru pemeriksa kertas karangan
Bahasa Melayu UPSR mungkin tidak mengaplikasikan kepakaran mereka dalam sesi
pemeriksaan ini atas faktor pemarkahan UPSR yang lebih memudahkan pemberian
markah dan tekanan terhadap bilangan skrip yang banyak untuk diselesaikan serta
masih terikut - ikut dengan pemeriksaan secara analitik yang telah diamalkan
sejak sekian lama. Berbanding dengan guru -guru yang bukan pemeriksa Kertas 012
-UPSR yang begitu teruja untuk mengamalkan teknik holistik yang lebih mudah
berbanding analitik yang lebih
sistematik.
Secara keseluruhan
bahawa guru-guru lelaki lebih tekal semasa proses pemarkahan dijalankan.
Berbeza dengan guru-guru yang berpengalaman lebih tekal berbanding guru-guru
yang baru mengajar dan memeriksa kertas karangan dalam proses pemarkahan
mereka.
Oleh itu, guru-guru perlu memiliki kemahiran memeriksa kertas
karangan supaya pemeriksaan yang dibuat lebih holistik.
21
RUJUKAN
1.Abu Bakar
Nordin. (2008) Pentaksiran dalam pendidikan dan Sains sosial.Tanjung Malim :
Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2.Azizi Ahmad.
(2006)Pengukuran dan penyelidikan dalam pendidikan . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa &
Pustaka.
3.Bahasa Melayu
UPSR (SK): Format pentaksiran mulai 2005 . Shah Alam: Penerbitan Malindo Sdn.
Bhd.
4.Hashim
Othman.(2005).Pentaksiran karangan Bahasa Melayu Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia .Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 63Malay Language Education Journal
(MyLEJ)
5.Kamarudin
Husin.(2001). Pendekatan mengajar bahasa . Petaling Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2005).
6.Linn, Mohd.
Majid Konting,Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan kaedah penyelidikan. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Musa Sulaiman. (2002)
Rujukan Tambahan
1.Bahan
Kursus dan Perbengkelan : Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan ,Institut
Aminudin Baki ,Caeangan Jitra ,Kedah. 08 hingga 20 Jun 2013.
.
22
Lampiran 1:Panduan
pemarkahan kaedah holistik
PENSKORAN
|
UKURAN PENCAPAIAN(KRITERIA)
|
Cemerlang
(24 –
30)
(27 –
30)
Tinggi
(24 –
26)
Rendah
|
1.
Karya atau penyampaian isi yang jelas dan menarik
untuk
dibaca.
2.
Pengolahan idea yang sangat baik , menggunakan pelbagai ayat yang gramatis
bertepatan dengan tema.
3.
Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas
serta
sesuai dengan tema atau soalan.
4.
Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.
5.
Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan.
6.
Mengandungi pendahuluan , minimum tiga isi , dan
penutup
yang bernas.
|
Baik (17 – 23)
(20 – 23) Tinggi
(17 – 19) Rendah
|
1.Karya
atau penyampaian isi yang jelas untuk dibaca.
2.
Pengolahan idea yang baik, dengan menggunakan ayat yang gramatis bertepatan
dengan tema atau soalan.
3.
Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana
serta
sesuai dengan tema atau soalan.
4.
Terdapat beberapa kesilapan tanda baca dan tidak menjejaskan karangan.
5.
Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.
6.
Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi , dan
penutup
yang sesuai.
|
Memuaskan
(11 –
16)
(14 –
16)
Tinggi
(11 –
13)
Rendah
|
1.
Karya atau penyampaian isi yang mudah dan ringkas untuk dibaca.
2.
Pengolahan idea atau menyatakan isi dengan menggunakan
ayat
dasar yang bersesuaian dengan tema atau soalan.
3.
Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad , masih sesuai dengan tema.
4.
Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar , noktah , dan koma)
dan
terdapat banyak kesalahan tanda baca dalam karangan.
5.
Terdapat banyak kesalahan ejaan dalam karangan.
6.
Mengandungi pendahuluan , minimum satu isi , dan penutup yang sesuai.
|
Pencapaian
Tahap
Minimum
(1 –
10)
(7 –
10)
Tinggi
(1 –
6)
Rendah
|
1.Karya
atau penyampaian isi yang tidak sesuai dengan tema karangan.
2.
Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema atau
sukar difahami jalan ceritanya.
3.
Penggunaan perkataan yang terhad dan
tidak sesuai dengan tema.
4.
Tidak menguasai
kemahiran
tanda baca dalam ayat atau penulisan.
5.
Tidak menguasai
kemahiran
ejaan dalam ayat atau penulisan.
6.
Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak soalan.
7.
Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas
maksudnya.
8. Isi
karangan tidak berkaitan atau tidak menepati kehendak soalan.
9.
Karangan terpesong atau tergelincir dari landasan soalan atau tajuk.
|
23
Lampiran 2:Panduan
Pemarkahan Kaedah Anelitik
Perbendaharaan
kata 3
markah
(a)
Struktur ayat 3 markah
(b)
Penggunaan Imbuhan 3 markah
(c)
Penggunaan Tanda baca 3 markah
(d)
Ejaan 3 markah
JUMLAH 15MARKAH
Bagi perbendaharaan kata dan struktur ayat
,markah dapat diberi secara global.Potong setengah markah bagi setiap kesalahan
penggunaan imbuhan,penggunaan tanda baca,dan ejaan.Markah tidak dipotong bagi
kesalahan berulang.
Markah isi pula dapat diagihkan
seperti di bawah :
Pendahuluan 1 markah
Isi : 4 isi x 3 markah 12 markah
Penutup 1 markah
Bonus 1 markah
JUMLAH 15 MARKAH
MARKAH KESELURUHAN 30 MARKAH
Penyelarasan ‘markah’ dan ‘gred’
Untuk pemeriksaan
ini dibuat penyelarasan markah dan grid dibuat persamaan samada kaedah holistik
atau pun analitik:
1.Cemerlang (A) 24
-26 iaitu 80% hingga 100%
2.Baik (B)
17-23 iaitu 59% hingga 79%
3.Sederhana
(C) 11-16 iaitu 40% hingga 59 %
4. Lemah (D) 0-
10 iaitu 0% hingga
39 %
24
Lampiran 3Panduan
pemarkahan :kesalahan
/
|
Isi
|
( )
|
Kesalahan idea / fakta
|
~~~~~~~~
|
Kesalahan struktur ayat
|
_______________________
|
Kesalahan penggunaan kata/kosa kata/imbuhan/
-tertinggal perkataan
|
==============
|
Kesalahan berulang penggunaan
kata/kosa kata/
imbuhan
|
|
Kesalahan tanda baca
|
|
Kesalahan tanda baca berulang
|
|
Kesalahan ejaan
|
|
Kesalahan ejaan yang berulang /isi berulang
|
25
Lampiran 4
(Holistik)
Skema Jawapan Hari
Guru
Pendahuluan
Bilakah diadakan
perayaan Hari Guru
Apa Aktiviti
Siapa terlibat
Diadakan di mana
Tujuan Di adakan
Isi-isi penting:
1.Murid-murid
berkumpul di padang-nyanyian lagu negaraku,selamatkan sultan,Guru Malaysia
-membaca
perutusan-perutusan
Ucapan Guru Besar
,Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran
2.Selepas ucapan
:permainan di padang-bola sepak,bola jarring
-telatah guru-sukaneka-mencuit hati
3.Selesai Acara
Padang
-acara
dewan-persembahan,karaoke,sajak guru dan murid.
-sungguh
menghiburkan
4.Acara
seterusnya-penyampaian hadiah acara
sukan
-cabutan nombor
bertuah
-bertukar-tukar
hadiah
-tokoh murid
/tokoh guru
-jamuan
-lain-lain isi
yang dikira logik boleh diterima.
26
Lampiran 5
(Analitik)
Skema Jawapan Hari
Guru
Pendahuluan (1markah)
Bilakah diadakan
perayaan Hari Guru
Apa Aktiviti
Siapa terlibat
Diadakan di mana
Tujuan Di adakan
Isi-isi penting(15 markah)
1.Murid-murid
berkumpul di padang-nyanyian lagu negaraku,selamatkan sultan,Guru Malaysia
-membaca
perutusan-perutusan
Ucapan Guru Besar
,Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran
2.Selepas ucapan
:permainan di padang-bola sepak,bola jarring
-telatah guru-sukaneka-mencuit hati
3.Selesai Acara
Padang
-acara
dewan-persembahan,karaoke,sajak guru dan murid.
-sungguh
menghiburkan
4.Acara
seterusnya-penyampaian hadiah acara
sukan
-cabutan nombor
bertuah
-bertukar-tukar
hadiah
-tokoh murid
/tokoh guru
-jamuan
1 Isi- 3 markah
hanya 4 isi -12 markah
-lain-lain isi
yang dikira logik boleh diterima.
Penutup (1markah)
Perasaan
Ulasan
Bonus (1markah)
Calon menyampaikan
dengan baik dan logik serta menarik.