Sunday, October 27, 2013

SAYA -GURU-CABARAN MASAKINI





Soalan 1 :Saya Adalah Seorang Profesional.

Saya adalah Profesional. Ini adalah kerana , bidang yang saya ceburi adalah pendidik atau perguruan. Bidang perguruan adalah satu bidang professional.  Saya katakana begitu berdasarkan kajian ilmiah saya terhadap bidang ini sebagai satu profesyen. Mengikut kamus Dewan, maksud profesional  ialah meningkatkan keupayaan. Tokoh pemikir dari barat Lieberman pula, mengatakan  sesuatu profesion bertaraf profesionalisme, memberi perkhidmatan penting dan mempunyai  matlamat yang jelas; menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas. Tegas beliau profesionalnya, mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa tertentu; mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntungan wang atau saraan semata-mata; pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan  tanggung jawabnya; mempunyai organisasi yang berkuasa menentukan kriteria untuk kemasukan dan mengawal mutu perkhidmatan ahli-ahlinya; dan mempunyai etika perkhidmatanyang perlu dipatuhi oleh setiap ahli dalam profesion itu (Amir Hassan Dawi, 2002 dan Sufean Husin, 1996).
Diantara bahan-bahan rujukan yang boleh menjadi kriteria penting untuk menyakin diri saya sebagai seorang yang professional ialah seperti yang oleh tokoh-tokoh ini:
           Perguruan adalah kerjaya yang bertaraf profesional(Jacques, 2003; Sachs, 2003; Menteri Pendidikan, 2000;BPPPDP, 1996; Ibrahim Bajunid, 2000; Kamarudin Kachar,2000; Amir Hassan Dawi, 2002; Elliot, 2002; Abdul Rahmandan Zakaria, 2001; Squires, 1999; Hammond, Wise & Klein1999; Soetjipto & Raflis Kosasi, 1999; Wan Mohd Zahid, 1997;Sufean Hussin, 1996; Ornstein & Levine 1984).
Disamping itu ,Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion perguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika  (Menteri Pendidikan, 2000).Sufean Hussin (1996) berpendapat, terdapat banyak kriteria yang menunjukkan bahawa perguruan
adalah bertaraf  profesional dan kesemua kriteria tersebut adalah selaras dengan apa yang digariskan oleh Lieberman. Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi,mampu
1
menjalankan tanggung jawabnya sebagai pendidik  profesional yang cekap; dengan menggunakan sumber-sumber yang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; SufeanHussin, 1996). Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yang ditentukan oleh badan penilai yang

mempunyai autoriti serta mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. Sebagai contoh. di England dan Wales, Teacher Training Agency (TTA) adalah badan yang bertanggung jawab menjaga ketinggian martabat profesion perguruan (Elliot, 2002). Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kod etika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalam perkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan kehendak negara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam  Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepada 16  penetapan Kriteria Guru Yang Unggul (Malaysia Ministry of Education, 1982). Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Malaysia Ministry of Education, 1982)
Dengan pendapat dan kupasan dari tokoh pendidikan dan juga tokoh ilmuan telah membuat rumusan bahawa  tugas guru adalah  profesional.Ini adalah kerana semua yang diulaskan itu ada pada diri saya. Guru ibarat sebagai lilin membakar dirinya untuk  menerangi orang lain.
Sebagai seorang guru saya dipilih atau ditemuduga berdasarkan keyakinan untuk menjadi pendidik. Kemudian saya dilatih dalam pelbagai ilmu perguruan. Antaranya psikologi,pedagogi dan falsafah pendidikan. Ini adalah latihan intensif .Latihan juga mencangkupi ilmu yang berkaitan rohani dan jasmani.
Dengan latihan – latihan yang diberikan secara intensif, sistematik dan berintergriti, maka saya diberi penilaian secara sumatif dan formatif mengenai fizikal dan mental. Setelah berjaya baharulah saya ditempatkan, tanpa ada rasa berlengah dan banyak masalah. Dengan tanggungjawab sebagai kerjaya yang profesional, maka saya menggunakan teknik, kaedah atau methodologi yang dipelajari untuk mendidik.
          Sebagai seorang pendidik, kita mesti mengikut panduan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.Ini bertujuan objektif yang dikehendaki oleh negara kita akan menjadi kenyatan.Sebagai seorang professional ,kita tidak mudah mengaku kalah, walau apa yang
2
merintang.Hala tuju adalah untuk memberi pendidikan dan bimbingan kepada semua masyarakat agar mencapai wawasan 2020 yang kita hajati. Maka pembangunan sesebuah negara bangsa, adalah terletak ditangan para profesional ini.Ibarat mengatakan ,kalau guru kencing berdiri; anak murid akan kencing berlari.Betapa tingginya pengharapan masyarakat kepada guru. Seandai masyarakat menjadi lemah, krisis akhlak, maruah tercemar, budaya kuning dan sebagai, masyarakat lebih terfokus menyalahkan guru yang tidak professional.
Merujuk kepada pendapat Ornstein , empat ciri umum sehingga perguruan dianggapsebagai
kerjaya profesional iaitu pengetahuan guru tentang perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan yang bukan guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukan  tertentu atau perlesenan; autonomi dalam membuat keputusan;dan martabat atau status ekonomi yang kukuh (Ornstein, 1995;Ornstein & Levine,1984). Ciri-ciri tersebut  kesemuanya dipunyai oleh guru.         Kesimpulannya saya adalah professional berdasarkan apa yang dinyatakan di atas. Tambahannya saya diberi latihan yang secukupnya dan di bayar gaji berterusan Bila kita mengatakan pendidikan adalah sangat penting dalam membina penghidupan bertamadun. Ia samalah seperti dengan bidang perubatan , peguaman,akitek dan sebagainya.Kenapa mereka mudah diberi tittle sebagai professional, dan guru seakan –akan tidak meyakinkan masyarakat untuk menerimanya?













3
Soalan 2 :
LIMA cabaran utama yang saya menghadapi sebagai guru pada masa kini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran.       
Cabaran adalah satu halangan yang memerlukan penyelesaian secara kondusif .Penyelesaianya dimanfaatkan untuk mencapai satu kejayaan. Cabaran sentiasa dilalui samada melakukan kebaikan atau keburukan. Cabaran mendorong seseorang merangka pelan yang kukuh untuk berjaya dihari muka. Cemerlang dimasa hadapan.Kejayaan seolah satu nikmat andainya cabaran yang kita tempuhi diselesaikan dengan penuh berhemah.
           Sebagai seorang guru yang profesional,  pelbagai cabaran yang saya hadapi .Lima  cabaran
yang saya hadapi :

1.      Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Dengan perkembangan dunia pendidikan yang berasaskan Teknologi Maklumat , guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Pengajaran  ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik sekurang-kurangnya .Komputer Riba(laptop) dan projektor . Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru.Bahan-bahan dari internet merupakan rujukan penting sebagai bahan akses.
Guru kena berfungsi sebagai moderator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
                                                                           4
          Penyampaian  berbentuk nota atau ringkasan sebagai  persediaan mengajar tidak boleh digunakan sebaliknya  dinamakan persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksanakan dengan baik akan dibuat refleksi pula.Jadi bukanlah semudah dulu untuk mengajar.

2.      Cabaran Bebanan Pelbagai Tugas
           Guru adalah segala-galanya . Cabaran yang terpaksa disahut .Bebanan tugas di bahagi dua kategori : Dalaman dan Luaran . Kategori Dalaman; seseorang guru diberi   pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Saya  terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh,  sebagai Ketua Panitia ,saya perlu menyediakan  menyediakan Headcount dan Buku Stok Panatia yang perlu  di selenggara. Kemudian   jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti bahagian perabot, keceriaan dan keselamatan sekolah serta pengurusan bangunan dan pemuliharaan bangunan dan pelbagai ini.
          Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid ,seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh saya  sebagai guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini kita  perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tertentu
5
ada ketika  guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut.Sebagai cabaran , seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangka kerja perlu disediakan dengan lebih detil berserta dengan senarai semak.
      Bagi Kategori Luaran pula,, cabaran yang saya hadapi  berkaitan dengan pengurusan pelbagai data dan dokumen yang terlalu rencam yang tiada kaitan  melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid . Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara ‘adhock’ dan perlu disegerakan. Kerja –kerja seperti menyediakan laporan kesihatan gigi dan rawatan tertentu berkaitan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan masyarakat adakalnya terpaksa saya hadapi. Maka dengan sifat professional saya kerja ini perlu dibuat dengan sebaik mungkin.Masa yang diambil untuk menguruskan perkara tersebut adakalanya memakan masa pengajaran guru.
          3.Cabaran Amanah Untuk Memikul Dasar –Dasar Kerajaan atau Kementerian   
             Pelajaran
        Sebagai  seorang guru saya  terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)(1984) Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Saya yang ketika itu mengajar Bahasa Malaysia terpaksa berkursus untuk PPSMI dalam matapelajaran Sains . Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam satu’. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat
6
Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik secara proses ‘soft landing’. Kemudian Kerajaan memperkenalkan pula KSSR dengan bersepadu program Litersi ,Numerasi  ( Linus) dan Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS)
Sebagai  seorang guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid.
                 Diakhir ini juga kerajaan telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan.Justeru diperkenalkan Pelan Pendidikan Negara 2013 hingga 2025 .dalam Pelan ini ini terdapat 11 anjakan yang perlu saya merealisasikan untuk sekolah.   Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. ‘Dasar 1 Murid 1 Sukan’.Dengan program tersebut ini bermakna cabaran  guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini.
           Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Cabarannya saya dan semua guru terpaksa  berada dari pagi hingga petang di sekolah selama beberapa  hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.

4.Cabaran Ibu bapa dan Murid dan Guru
           Saya rangkumkan cabaran ini sebagai cabaran manusia iaitu melibatkan Ibu bapa , waris, murid dan guru merupakan satu cabaran buat saya. Ini adalah berkaitan perkembangan era pendidikan sekarang, ibu bapa sekarang telah celik akal.Ramai ibu bapa sekarang berpendidikan tinggi.Ada kalanya mereka mempunyai pengetahuan lebih daripada saya.Saya perlu menangani masalah ini.Pelbagai reaksi dari waris boleh       
7
       dikenakan ke atas kita sebagai guru , seandainya kita leka mendidik anak-anak mereka.
Cabarannya saya perlu berinteraksi dan berbincangan dengan waris agar dapat mengelakan sebarang masalah yang tidak diingini.Contohnya untuk menyelesaikan masalah murid atau waris yang tidak mendapat bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan(RMT),Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAMP) dasn lain-lain.Ia perlu dilakukan secara profesional.
Selain itu murid juga mendapat pendedahan yang banyak melalui era teknologi dan sebagainya. Pengetahuan mereka adakalanya mengatasi guru-guru seperti saya. Maka saya perlu menambah ilmu bagi menyahut cabaran tersebut.Cabaran  guru sebagai rakan kongsi tidak kurang hebatnya.Namun begitu masing-masing faham bila berada dalam profesyen ini bolehlah bertolak ansur.

    5.Perkembangan Era Globalisasi.
           Dunia tanpa sempadan merupakan satu cabaran yang tidak kurang pentingnya kepada saya. Ini kerana sesuatu maklumat dapat diakses oleh semua orang tanpa dibendung.Oleh kerana sekolah didedahkan dengan pengenalan Pengajaran Teknologi Maklumat,murid-murid telah celik komputer. Mereka juga didedahkan dengan pelbagai jaringan maklumat yang tidak disekat di dalam internet.Justeru , pelbagai perkara yang baik dan buruk dapat diakses oleh anak murid saya. Ini mencabar diri saya. Saya perlu membuat atau merancang pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang sangat untuk murid berminat. Saya juga perlu mencari jalan agar murid tidak menyalah guna bahan teknologi maklumat ini pada tempat-tempat  yang tidak berakhlak.
           Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi  guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh
8
 seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan mesti ditangani .Kalau tiada
 murid tiadalah pekerja  guru dan jawatan –jawatan yang berkaitannya.

Soalan 3 :Saya seorang pemimpin.
Kertas Kerja Dari Institut Aminudin Baki untuk Kursus Kepimpinan dan Pengurusan pada 1 hingga 14 Jun 2013 menjelaskan:
9
“Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin”-daripada Wikipedia ,ensiklopedia bebas
Dalam Kamus Edisi Keempat  menyebut pemimpin adalah orang yang memimpin.
 Dalam Islam pemimpin digelar sebagai ketua atau khalifah.Kita adalah
10
khalifah(pemimpin) dan kamu akan ditanya atas apa yang kamu pimpin.Beban pimpinan   akan disoal dari sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar mana sekali pun.
      Justeru kepimpinan dalam Islam merangkumi ,kepimpinan dalam rumah tangga,keluarga,masyarakat,komuniti , kelompok , pertubuhan hinggalah kepada negara.Oleh itu ,kita mesti ada sikap bertanggungjawab atas kepimpinan kita.

11
1.Pemimpin Keluarga
   Merujuk kepada tajuk di atas, saya seorang pemimpin. Pertama sekali saya menjadi pemimpin kepada keluarga saya. Setiap hari saya perlu menguruskan keluarga saya dalam pelbagai ruang.Saya terpaksa menguruskan soal anak-anak,soal keperluan rumah tangga,makan minum,harta benda,pengagihan yang adil dan juga permasalahan yang berlaku. Dengan menggunakan konsep timbang tara,nasihat menasihati,perbincangan secara ukhuwah dan mahabbah,alhamdulillah segala permasalahan yang sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya dapat diselesaikan dengan sempurna.Pokoknya setiap pemimpin dalam rumah tangga mesti ada sikap bertolak ansur,’give and take ‘ atau’ win-win situation.’
2.Kepimpinan Dalam Komuniti atau Pertubuhan Sebagai sebahagian dari kehidupan kita dalam masyarakat atau komuniti saya dilantik ahli jawatankuasa taman perumahan .Peranan saya sebagai pemimpin jawatankuasa kecil agar mencabar.Ini adalah kerana
12
kepimpinan kita telah bertambah. Dari menyelesaikan masalah keluarga ,kerja dan tanggungjawab kita akan berubah untuk menyesaikan masalah dalam komuniti kita.Kita perlu mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan. Ide-ide yang diberi oleh setiap ahli jawatankuasa perlu dirasionalkan.Sebagai pemimpin dalam sesuatu komunit akan terfokus kepada penyelasaian masalah kawasan persekitaran dan keharmonian penduduk setempat.
Begitulah juga , sebagai pemimpin kesatuan  iaitu Naib Pengerusi Kesatuan Guru Malaysia Barat cawangan Kedah Selatan, Kepimpinan saya menjadi lebih tercabar lagi. Ini adalah kerana beberapa perkara perlu diperjuangkan.Perkara demikian nampaknya lebih serius adalah kerana kita terikat dengan kehendak-kehendak pelaksana dasar. Antaranya laporan mesyuarat,laporan kewangan serta laporan aktiviti tahunan samada kegiatan atau aturcara tertentu. Maka setidak-tidaknya kita perlu menghadapi itu semua dengan sikap yang proaktif dan rasional.

3.Kepimpinan Dalam Profesyen Perguruan.
13
Dalam Sebelas Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , untuk menjadi sesebuah sekolah berjaya atau berprsetasi tinggi, menekankan tentang kepimpinan yang unggul .Lihat anjakan yang ke lima .Kepimpinan yang berjaya memerlukan ketelusan seperti anjakan yang ke sebelas.
        Perkhidmatan Pelajaran atau Pendidikan adalah satu dari cabang dalam Perkhimatan Awam  Malaysia. Maka sudah tentu perkhidmatan ini perlu merujuk kepada dasar yang dikehendaki kerajaan kita. Sebagai pemimpin di sekolah , saya perlu akur dengan apa yang disebut oleh  Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Tan Sri menjelaskan untuk memimpin mestilah mempunyai beberapa perkara tersebut, antaranya:
1.Komitmen kepada tadbir urus.
2.Hubungan erat dengan stakeholders.
3.Akaunbiliti pada pihak luar
4.Pematuhan kepada akaubiliti dalaman
5.Pengurusan strategik dan pematuhan prestasi
6.Pengurusan risiko
7Memantapkan nilai dan etika organisasi.
8.Menangani penipuan dan rasuah.
9.Menggalakkan pembaharuan dalam organisasi.
-Tan Sri Mohd Sidek Hassan KSN:PM(S)17479/13  jld 4 9 Mac 2007.
        Dalam profesyen perguruan, sebagai seorang pemimpin teratas di sekolah saya banyak menjalankan tugas sebagai pentadbir. Dengan tugas sebagai seorang ketua dalam jabatan,
14
saya diamanahkan dengan pelbagai tugas. Antaranya sebagai ketua dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu menunjuk contoh yang paling baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini seperti yang ditekankan sebagai pembelajaran yang berkesan.Melalui pendekatan tersebut saya perlu memantau anak buah saya agar dapat menjalankan pengajaran dengan penuh berkesan.
      Disamping itu juga sebagai pemimpin , saya mesti memastikan pembantu-pembantu saya berfungsi dengan sebagai mungkin. Saya pastikan  ketiga-tiga penolong kanan,ketua –ketua panitia mata pelajaran dan kakitangan penjtadbiran  saya dapat memahami dengan jelas arah tuju saya. Ini agar mereka dapat merealisasikan “core –bussines” berjalan dengan acuan yang dikehendaki.Saya mesti memastikan agar semua pembantu dapat mencapai objektif yang dikehendaki oleh jabatan saya.Saya mesti pastikan sebarang permasalahan  dapat di atasi dengan sebaik mungkin. Kalau ada isu kita perlulah membuat  perancangan strategik, agar pelbagai isu dapat diselesaikan dengan baik.Justeru pemimpin yang unggul dan dinamik mestilah mempunyai perkara asas di bawah:
1.      Memiliki Pengetahuan Asas.
2.      Memahami Bidang Tugas
3.      Kemahiran yang Bersesuaian
Beberapa dasar yang digubal  oleh kerajaan mutakhir  ini,akan berjaya seandai dipimpin oleh pemimpin yang baik dan berkarisma tinggi.Ini dapat kita petik dari kata-kata Fred M.hechinger: “Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua yang baik. Saya telah melihat sekolah –sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah-sekolah berjaya, dan kesannya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti pengetua.”Sebagai pemimpin kita perlu menghayati ini:

15
      Kesimpulannya saya yakin saya sebagai seorang pemimpin di sekolah saya.Saya mendapati gaya kita sebagai serang pemimpin mempunyai tahap motivasi guru. Justeru itu kita seharusnya mengamalkan gaya kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur (mementingkan tugas)dan timbang rasa(mementingkan perhubungan manusia) secara seimbang dan sesuai dengan situasi di sekolah saya agar mencapai impak yang positif terhadap motivasi guru sebagai pendidik.Untuk itu kita mesti berani dan keupayaan membuat pembaharuan yang positif, kratif dan inovatif dalam kepimpinannya.Pemimpin yang berkesan sentiasa memberi keutamaan kepada kedua-dua dimensi iaitu kemahiran dalam penyempurnaan tugas dan kemahiran perhubungan manusia secara seimbang dalam kepimpinannya (Hallinger and Heck, 2003).










16
Soalan 4:Jenis-jenis kursus pembangunan professional yang saya ingin mengikuti.

Apabila menjadi seorang pemimpin, banyak rintangan dan risiko yang perlu kita harungi  dalam mentadbir uurus sesuatu institusi terutamanya sekolah. Oleh itu sebagai pemimpin atasan atau bawahan saban hari kita perlu mengetahui perkara asas dalam mentadbir. Sehubungan dengan itu kita perlu mendapat pelbagai kursus peningkatan, agar tidak ketinggalan dalam pentadbiran kita .
Antara kursus-kursus yang perlu saya ikuti adalah seperti berikut :

1.      Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Organisasi
Setiap tadbir urus mestilah mengikut arahan yang ditetapkan.Misalnya dalam Kementeria pelajaran setiap warga pendidik mesti mematuhi elemen-elemen berikut:
1.      Akta Pendidikan
2.      Pekeliling-pekeliling Kementerian
3.      Pekeliling Jabatan Pelajaran dan juga Pejabat Pelajaran Daerah.
Oleh itu segala maklumat dan arahan-arahan ini perlu di teliti dan dipatuhi oleh warga pendidik. Sebagai pentadbir, elemen-elemen yang disebut di atas perlu diketahui dengan semaksima mungkin. Ini adalah bagi menguatkan lagi pemahaman kita dalam tadbir urus sekolah dan pejabat.
Kita sedia maklum kadang-kadang perubahan satu-satu arahan,undang-undang dan akta tanpa pengetahuan dari kita. Ini kemungkinan kita terlepas pandang .Jadi dengan melalui kursus yang intensif ini dapat kita berbincang ,berbengkel serta bertukar-tukar pandangan sesama rakan dan fasilitator maka tekanan kerja kita dapat distabilkan.
Kursus dapat menghuraikan kompetensi yang harus dimiliki  oleh seseorang pentadbir  dalam menggerakkan sumber bagi mencapai objektif organisasi dan mencakupi aspek pembentukan hala tuju organisasi, konsep pembelajaran sepanjang hayat, menangani perubahan serta kualiti peribadi dan profesional.



17
     Dalam kursus pentadbiran dan pengurusan yang saya amat perlu dalami adalah kompenan seperti dengan pengetahuan mendalam dalam perkara tersebut, akan memberi keyakinan kepada saya agar dapat mengurus sekolah dengan lebih sempurna dan mantap.Maka kursus seperti ini selalunya diuruskan oleh Institut Perguruan dan juga Institut Aminudin Baki yang dipanggil Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pentadbiran(KKPP).

2.      Kursus Pengurusan Kewangan dan Stok dan Pejabat
       Saya memerlukan kursus bagi mengetahui bagaimana hendak mentadbir urus kewangan di sekolah. Contohnya bagaimana wang diperolehi,bagaimana hendak membelanjakan wang,soal-soal perkapita. Buku Tunai,Buku Suwa,Baucer Pembayaran,Nota Minta ,akaun belum bayar,dan sebagainya. Semua ini perlu diurustadbir dengan baik agar perjalanan sekolah berada pada landasan yang betul.Melalui kursus kewangan ini saya dapat mengelak dari melakukan perbelanjaan yang tidak mengikut yang betul.Dengan kata lain akaun sekolah saban tahun akan diaudit.Jadi malanglah andainya akaun sekolah mendapat teguran dan tindakan tertib dari pihak yang bertanggung jawab. Selain itu saya ingin tahun bagaimana hendak memantau pengurusan kewangan dengan betul.
       Selain mengurus kewangan kita perlu juga mengetahui cara-cara peyelenggaraan stok yang menjadi masalah sekolah.Ini kerana terdapat pelabagai barangan atau harta modal dan sebagai tidak dilupus.Maka melalui kursus yang saya perlukan ini akan lebih memberi kefahaman untuk saya dapat pengetahuan pengurusan stok.
     Dengan kata lain kursus ini dapat memberikan penekanan kepada tanggungjawab pengetua/gurubesar dalam pengendalian urusan kewangan yang kos efektif, cekap dan berkesan bagi menyokong program pendidikan untuk membolehkan murid menikmati pendidikan yang bermakna kos efektif
   Melalui kursus pengurusan pejabat akan menyedarkan   tanggungjawab saya  dalam mewujudkan sistem pentadbiran dan perkhidmatan pejabat yang cekap ke arah pengurusan pendidikan yang mantap lagi berkesan supaya dapat memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada stake-holders.

18

3.      Kursus Pengurusan Kurikulum,Hal Ehwal Murid dan KoKurikulum
            Dengan kursus ini member peluang kepada saya untuk mendalami secara lebih mendalam ketiga-ketiga kompenan dalam sekolah saya:
a. Kurikulum:  Memberikan fokus kepada fungsi pemimpin sebagai pengurus kurikulum yang menggerakkan segala sumber untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan semua murid
b. Hal Ehwal Murid:  Menekankan tanggungjawab saya  dalam mewujudkan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan, kebajikan, keselamatan, disiplin, keselesaan, keharmonian dan kesejahteraan murid bagi mencapai pendidikan berkualiti.
c. Kokurikulum :Menekankan tanggungjawab sebagai  memimpin dan mengurus aktiviti kokurikulum untuk menyokong dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

4.      Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
       Sebagai seorang pemimpin atau pentadbir pada masa kini dan akan datang bidang teknologi maklumat sangat penting kepada kita. Dengan konsep langit terbuka dan kecanggihan perkembangan teknologi saban hari berlaku perubahan.Oleh itu melalui kursus yang saya perlukan ini membantu saya untuk mengakses pelbagai bahan bagi digunakan dalam pentadbiran ,murid-murid dan ibu bapa serta organisasi saya.
      Ini memandangkan ,segala data diperlukan dengan seberapa segera. Sementelahan itu pula segala data berkaitan murid ,guru dan sebagainya begitu pantas dicapai sampai kepusat atau kementerian . Maka sudah tentu maklumat keluar masuk secara “on-line” perlu ditangani dengan teknologi yang terkini.Melalui kursus teknologi ini dapat mengurang diri saya ketinggalan dalam menghambat arus yang sepantas ini.Hanya Jauhari Yang Mengenal Maknikam.





19
5.      Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal:
     Saya juga memerlukan kursus pengerusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal .Ini adalah menjadi satu  tanggungjawab pentadbir  dalam mengurus persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah secara cekap dan berkesan bagi mewujudkan iklim yang aman dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dalam keadaan selamat, tenang, selesa dan seronok.

6.      Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
 Kursus sebagai tanggunggungjawab saya  dalam mewujudkan pengurusan pembangunan sumber manusia yang cekap, berkesan serta secara berterusan bagi meningkatkan tahap profesionalisme staf untuk memajukan sekolah.Mungkin kursus ini anjuran badan-badan dari luar kementerian pelajaran. Melalui kursus ini dapat memberi impak  untuk saya  menjalin hubungan baik  dengan ibu bapa/penjaga, pihak luar dan komuniti setempat.  

   Kesimpulannya.
            Dengan kepelbagai kursus yang saya rasakan perlu akan dapat meningkatkan tahap kopentensi saya sebagai pentadbir yang mantap. Sebagai pemimpin kita perlu  mengambil daya usaha dan inisiatif dalam menggerakkan sesuatu. Memimpin dan menentukan hala tuju kepada kumpulan. Kita perlu menentukan jangka waktu dan kos, mengeluarkan arahan dan memberi panduan, dorongan serta  rangsangan. Disamping memberi bimbingan, latihan, teguran dan tunjuk ajar dalam mencapai sesuatu matlamat.









20
RUJUKAN

Dari Buku
Kamus Dewan  Edisi Ketiga  DBP Kuala Lumpur 1998

Dari Jurnal
1.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Jilid 17 Bil.02 .Disember 2007 IAB KPM 2007
2.Institut Aminudin Baki Cawangan Jitra, Khairul Badri bin Ahmad Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Kualiti dan Inovasi Power Point Kursus Kepimpinan dan Pengurusan.

Dari Blog
hajikhaidir.blogspot.com/.../cabaran-profesyen-perguruan-pada-masa.ht

Dari Sesawang
http://www.scribd.com/doc/15874706/Profesion-Perguruan-dan-Cabaran.















21

No comments:

Post a Comment